Powered by Blogger.

HIDUP BERDIRI ATAS CINTA



jika diukir dengan segala bahasa
cinta itu masih tiada sastera buatnya,
jika dilukis segala warna,
cinta itu masih tiada citra baginya,

tidakkah kerna cintakan Tuhan
insan berkorban dan terkorban?
tanpa cinta lenyaplah agama

tidakkah kerna cintakan anak
ibu lupakan segala kehendak?
tanpa cinta pupuslah manusia

tidakkah kerna cintakan kekasih,
insan sanggup hidup tersisih?
tanpa cinta muramlah suasana

tidakkah kerna cintakan negara
rakyat sanggup hidup sengsara?
tanpa cinta hapuslah segala warga

dari akar mekar rasa cinta
lahirah jiwa mesra dan manja
dari akar mekar rasa cinta
bahagia dan sengsara menjelma
dari akar mekar rasa cinta
munculnya tawa dan airmata

cints itu makhluk Tuhan
penuh keajaiban
penuh kehairanan
penuh kenikmatan
penuh kesakitan
penuh kesyahduan
penuh keharmonian
nemun cinta tetap keperluan
tanpa cinta pincanglah alam

Akan Ku Terus Ketuk Pintu Tuhanku


akan ku terus ketuk pintu tuhanku
menangnis dan mengadu
tentang dunia yang penuh sendu
di kala mata - mata sedang lesu beradu
akan ku seru nama-Mu
di penjuru waktu yang sunyi dan sayu

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
sekalipun tangan ku penuh debu
sedang pintu itu seputih susu dan salju
kerana ku tahu
tuhanku tidak pernah menghalau tamu
yang datang bertemu dan menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunanNya meliputi segala

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
tanpa jemu, tanpa malu
selagi ku memanggilNYA, DIA MAHA TAHU
aku hanya seorang hamba
ada dosa, ada pahala
namun DIA YANG MAHA MULIA
limpahan kemaafan tiada tepian
kerana DIA TUHAN AR-RAHMAN
sedangkan aku insan penuh kedaifan

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
mengadu dalam sayu dan sendu
merintih tentang dunia yang letih
janganlah aku DIKAU sisih
dari kurniaan nikmat kasih
diri yang kotor pohon dibersih
terimalah istighfar dan tasbih.

Namaku di Pintu Neraka



Jika esok ku tidak bernafas lagi
apa yang perlu ku bawa untuk menghadapMU
Jika esok ku tidak bernafas lagi
mampukah aku membuatMU gembira
dengan hadiahku ini
indah atau busuk di pandanganMU

andai esok kenikmatan ini tak dapat ku kecapi lagi
ku ingin KAU tahu Tuhanku
batinku menangis mengenangkan dosa ini

andai namaku telah tercatat di pintu neraka
izinkan hambaMU ini memadam kembali
detik noda hitam yang dulu berselirat di ruang nafas ini
kerana ku takut bila bertemu denganMU
KAU tak sudi memandangku
dan ku tak dapat merasai kenikmatan pabila melihat dzatMU yang Maha Mulia

Tuhanku...
sehina mana pun diri ini
aku tetap hambaMU
seandainya esok bukan milikku lagi
bukalah pintu hatiku Tuhan
untuk bertaubat kepadaMU

Followers

Facebook Twitter RSS