Powered by Blogger.

Doa Kami

Bismillah…

Dengan nama ALLAH 
Dengan namaNYA
Terhalang segala sesuatu dengan kehendakNYA di langit dan di bumi
Setiap sesuatu bencana dan musibah yang berlaku
Aku berlindung pada kalimahMu yang AGUNG memohon secebis inayah
Daripada segala apa-apa kejahatan yang diciptakan..

Ya ALLAH..
Aku berlindung dariMU dari sifat mazmumah dari rasa sombong diri
Untuk setiap apa nikmat yang ku perolehi
Sikap pengecut, bakhil serta hasat dengki
Lindungi hambamu berikan aku keredhaanMU..

Ya ALLAH..
Kurniakanlah kami hati yang bersih, lisan yang dijagai, perbuatan yang ditapisi
Mengingati dan menyebut setiap zikir-zikir nama mu
Tidak kering dan sentiasa basah dari mulut kami
Kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk,
ilmu yang berguna dan
rezeki yang melimpah luah dari cara yang betul..

Ya ALLAH..
Jadikanlah kami hambaMU yang beriman, anak yang soleh dan solehah
Isteri mahupun suami yang baik untuk umat kami..
Saudara sedarah dan seagama kami..
Lindungi kami dari segala permusuhan dan
lenyapkan kemarahan dalam diri kami,
titipkan kesabaran buat kami..

Ya ALLAH..
Kami memohon dalam perjalanan permulaan hidup kami,
Lebarkan lembayung rahmat MU..
Kepada kami, keluarga dan anak-anak kami
serta sesiapa sahaja bersama kami..

Ya ALLAH dan..
Aku memohon..
Permudahkanlah jalan hidupku..
Untuk setiap perjalanan hidupku..
Setiap dugaan, kesedihan dan kegembiraan yang ku perolehi
Moga ada titis-titis syukur yang hadir dalam hati ku..

Perkenankanlah doa aku dia dan mereka..
Amin.

Followers

Facebook Twitter RSS