Aku dan jiwa Palestin
Posted by
Quezee
Sunday, November 18, 2012 at 8:41 PM
0
comments
Labels :
Nukilan
Aku dan jiwa Palestin..
Tatkala aku menangis kerana hidup..
Mereka digenangi tangisan untuk hidup..
Airmata tangisku meratap dunia..
Darah dan tangisan mereka
membasahi jasad untuk jihad di dunia..
Tatkala aku mendengar suara gelak ketawa..
Sedang mereka dipenuhi jeritan menahan luka..
Tatkala aku mengejar cita pada buku..
Mereka memburu impian diulit peluru..
Tatkala aku masih mampu memilih selera makan..
Menikmati di ruang dinginnya suasana,
Sedang mereka makan apa yang ada dihadapan..
Menikmati dalam keadaan gusar peluru sesat kan tiba..
Tatkala aku berasa lemah teraniaya..
Sedang mereka terus gagah biarpun tanpa ibubapa..
Aku ingin menyelami jiwa palestin itu..
Tatkala disini aku merindui sanak saudara yang jauh..
Sedang rindu mereka pada saudara yang telah tiada..
Rindu mereka untuk memiliki tanah yang telah dijajah..
Aku ingin menghayati langkah itu..
Tatkala disini aku kerap rebah digoda nafsu duniawi..
Sedang mereka tetap kukuh berperang untuk ukhrawi..
Tatkala disini aku seringkali alpa pada sujud hamba..
Sedang mereka terus sujud walau senjata diacu ke dada..
Aku ingin merasai penderitaan itu..
Tika masa kecilku dibelai penuh manja..
Sedang mereka dilatih untuk bersenjata..
Tika ku berjuang dengan kata-kata..
Sedang mereka bertempur bertaruh nyawa..
Aku ingin sekali menanggung luka itu..
Ketika diri mengharap masa cepat berlalu segera..
Sedangkan mereka menanti apakah masih ada esok tiba..
Ketika diri berselimut ketenangan diulit tidur lena..
Sedang mereka terus berjaga pertahankan nyawa..
Jiwa palestin…
Saat duka sentiasa menyapa jiwa,
Takkan hilang kalimah ‘La ilaha illallah !’
Saat derita terus menjadi parut hidup,
Takkan pudar semangat ‘Allahu Akhbar!’
Saat iman dicabar kejahatan Israel,
Takkan luntur hati ‘Fisabilillah!”
Aku akan terus mencintai jiwa itu..
Menghulur doa,bersatu dalam ummah..
Aku akan terus mengingati saudara-saudaraku itu..
Pada jasad mahupun nyawa..
Aku dan jiwa palestin..
Tatkala sikecil membaling batu tanpa rasa gentar,
Sedang aku terus menderma israel tanpa sedar..
Tatkala aku masih menulis gelora kisah hidup mereka..
Sedang mereka masih terus berjihad walau tanpa senjata..
Mempertahankan masjidil Aqsa..
Menebus maruah..
Menggapai makna ‘merdeka’
Hari ini,esok atau lusa..
Aku dan jiwa palestin..
Aku dan Islam..
Terus bersemarak menegakkan kebenaran..
Terus bersuara menuntut kebebasan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)