Baktiku Buat Palestin
Bumi Palestin tidak pernah lekang daripada terus di sirami dengan dengan, di hujani dengan peluru, di basahi dengan air mata, di tangisi dengan teriakan Muslim. Saban hari dada mereka terus dirobek, tanah air mereka terus di rampas, kehidupan mereka terus di tindas, di himpit, bahkan di sekat bukan sahaja daripada bantuan ekonomi, malahan bantuan kemanusiaan turut di kekang. Tekanan yang menghimpit bukan sahaja dari dalaman dengan penderitaan, kemusnahan harta benda, kehilangan nyawa bahkan di tambah pula dengan tekanan dari.. Tetapi kemahuan dan pendirian mereka untuk TERUS MEMPERTAHANKAN martabat dan maruah ISLAM di bumi al-Quds tidak pernah pudar, tidak pernah padam. Bahkan semakin kuat tekanan, semakin getir penderitaan, semakin tegar dan semakin kental semangat perjuangan mereka.
Amat menyayat hati bila mana kita melihat keadaan di sana, bahkan jika kita merasainya pasti lebih pedih. Jika di taqdirkan aku berada di sana, belum tentu aku berani mampu untuk berjuang dan berkorban seperti mereka yang yang telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir bahkan hingga syahid di medan jihad. Itulah medan juang yang tertinggi dalam syariat Islam bila mana dapat merasai kemanisan dan keseronokan gugur syahid di jalanNya.
Ramai yang menunjukkan protes terhadap kekejaman demi kekejaman, kezaliman demi kezaliman yang dilakukan oleh Zionis ke atas umat Islam di Palestin khususnya. Protes yang dibangkitkan sama ada dengan menukar DP media sosial sama ada Facebook, Tweeter etc, berkongsi kisah dan cerita yang dikutip daripada perkongsian daripada aktivis dan asatizah, melahirkan rasa kesal melalui lisan, tulisan, dan lakaran, membuat kutipan derma untuk bantuan Palestine, mengirimkan Qunut Nazilah, memboikot barangan dan perkhidmatan dari Yahudi, bahkan terkini penduduk dunia sama ada Islam atau pun tidak, di Barat mahu pun di Timur, bahkan di seluruh pelosok dunia membuat demonstrasi sebagai tanda protes.
PERSOALAN, di manakah KITA?
Sebagai golongan marhein ini lakukanlah sebarang bentuk tindakan dan perbuatan sebagai tanda protes kita kepada Yahudi Zionis.
Mungkin jika kita memboikot barangan dan produk yang berasal dari Yahudi dan Zionis, tidak seberapa memberikan impak dan kesan kepada perniagaan dan perusahaan mereka, bahkan jika kita sebagai Umat Islam berganding bahu dan bersatu hati melancarkan boycott ke atas mereka, hanya memberikan impak yang sedikit sahaja sedangkan di luar sana masih ramai lagi yang berterusan sama ada yang Muslim mahu pun non-Muslim. Benar ini tidak dapat di nafikan. Sekurang-kurangnya bila di akhirat kelak, bila mana di persoalkan oleh ALLAH swt di hadapannya, kita telah terlepas kerana kita telah berusaha sedaya mampu untuk membantu mereka walaupun tindakan kita ini kerana kita telah berusaha sedaya upaya di atas kapasiti dan kemampuan kita. ALLAH swt tidak melihat kepada HASIL, tetapi ALLAH swt akan menilai apakah USAHA kita demi mendapatkan hasil.
BERDOALAH…
Daripada Abu Darda’ al-ansari, Rasulallah saw bersabda:
“Doa seseorang Islam terhadap saudaranya di belakangnya amat mustajab, di sisi kepalanya terdapat malaikat yang diwakilkan tatkala berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, nescaya malaikat yang diwakilkan itu berkata: ‘Amin, dan bagi kamu seumpama itu.”
(riwayat Muslim)
Mungkin ada yang mempersoalkan adakah hanya dengan kiriman doa sahaja bantuan dan pertolongan kita kepada mereka? YA!! Ini di antara salah satu daripada pertolongan yang dapat dilakukan oleh seluruh umat Islam sama ada kaya atau miskin, hina atau mulia, hitam atau putih. Teruskanlah memanjat doa untk mereka dengan merintih dan mengadu kepadaNya. Antara termasuklah doa Qunut Nazilah yang ditunjukkan oleh Nabi saw ketika mana mengetahui para Qurra’ di utuskan kepada satu qabilah Arab di Najd telah di bunuh.
BERDOALAH dengan penuh KEIKHLASAN..
Insan yang hanya semata mengharapkan ALLAH swt bukanlah hanya dinilaikan dengan pakaian, gelaran, mahu pun jawatan. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapakah setelah sekian lamanya seseorang berdoa walau pun doanya adalah ke atas mereka yang dizalimi tetapi tampak seolah-olah tidak ditunaikan mahupun dikabulkan permintaanya.
Pertamanya, ALLAH swt mungkin telah menolongnya, sedangkan kita tidak menyedarinya. Mungkin jua kita tidak tahu apakah yang terpendam di dadanya, tersimpan di hatinya. Hanya ALLAH swt yang Maha Mengetahui segalanya. Betapa ramai manusia yang menyebut “Ya ALLAH… Bantulah aku”, tetapi sedangkan hati dan sanubarinya masih lagi terus bergantung dan terikat kepada makhluk, tiada pergantungan kepada KHALIQ. Mungkin kedengaran sayu mereka merintih, namun pergantungannya tidak bulat ikhlas kepada YA RABB.
Sebaliknya bila mana kita melihat seseorang yang memanjatkan doa kepada ALLAH swt yang kelihatan ‘biasa’ sahaja, tetapi acap kali dia menyebut “YA ALLAH.. Bantulah aku…”, pertolongannya sampai kepadaNya. Ini karena rohnya yang penuh bergantung dan berharap hanya kepada ALLH swt tanpa wujud yang selainNya. Nabi saw bersabda yang bermaksud:
“Boleh jadi orang yang kusut masai, berdebu, yang dihalau di pintu (tidak diterima kedatangannya), jika dia bersumpah dengan nama ALLAH, nescaya DIA tunaikan.”
(riwayat Muslim)
Teruskanlah merintih dan memanjatkan doa kepada mereka yang tidak pernah gentar untuk berjuang, tidak pernah takut akan kematian walau mungkin doa kita tidak didengari oleh yang lain, tidak dapat disaksi oleh orang sekeliling. Mudah-mudahan dengan keikhlasan dalam kita memohon kepadaNya doa kita akan dimaqbulkan..
Walau apa pun pertolongan yang kita kirimkan kepada mereka, lakukanlah dengan penuh keikhlasan dan biarlah kelihatan kecil dan sedikit pada mata kasar, tetapi teruskanlah istiqamah kita terus memohon, mengadu, merintih dan merayu kepada ALLAH swt moga dengan itu menjadi salah satu perjuangan dan pertolongan yang mampu kita titipkan. Bukanlah hasil akhir yang akan dipertikaikan, tetapi persoalan bagaimanakah dan dimanakah USAHA kita untuk menuju kepada hasil akhir kelak yang akan dipersoalkan..TAKBIR! ALLAH AKBAR!!