Doa Akhir dan Awal Tahun Hijriah : 1433H



Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanallah Taala, Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SWTke atas peluang dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk kita kecapi tahun baru 1433 Hijrah. Salam Satu Muharam dan Salam Maal Hijrah 1433H saya ucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Di awal tahun baru hijrah ini marilah kita sama-sama kita bermuhasabah dengan terus perbanyakkan sujud menghambakan diri pada Illahi kepada kita masih lagi diberikan kesempatan untuk terus menghirup udara dan mengecapi nikmat Iman dan Islam.

Sebagai seorang manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan dosa, jadi terus kita merintih dan terus kita bermuhasabah mengenangkan dosa lalu, untuk dijadikan sebagai satu pengajaran dan sempadan bahawa lemahnya jiwa kita bila berdepan dengan nikmat dan godaan dunia, dari terus lalainya diri dari mengingati Maha pencipta.


Tanpa mujahadah dari kita pasti kita akan cenderung untuk mengulangi kesilapan tahun lalu berulang kali pada tahun ini. Sedarlah betapa ancaman Allah adalah neraka yang azabnya amat menghinakan.

Astaghfirullahal ‘adzim…. Rupanya banyak lagi kekurangan diri, yang perlu diperbaiki, Ya Allah ampuni hambaMu ini.

Hijrah adalah satu tuntutan tuhan kepada para hambanya. Keimanan kepada Allah telah menjadikan semua perintah Allah tetap dijunjung dan disempurnakan walaupun ianya sulit dan sukar.

Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam tahun kalendar Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib (Madinah), kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Rasulullah SAW telah membuktikan melalui penghijrahan agung baginda dengan meninggalkan Kota Mekah bumi kelahiran baginda menuju ke Kota Madinah semata – mata kerana memenuhi tuntutan menegakkan sebuah negara setelah baginda telah dibuang dan ditolak di negera sendiri kerana menegakkan cara hidup Islam. Biar pun hijrah bersama baginda Rasulullah SAW telahpun berakhir, namun tuntutan hijrah dalam konteks meninggalkan segala maksiat dan menuju keredhoan tuhan tetap berkekalan sehinggalah hari kiamat.

Pada umumya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d ayat ke-11 yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
Perkara yang paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah

!Salam tahun Baru Hijri

Followers

Facebook Twitter RSS