~Nafsu~
Posted by
Quezee
Friday, November 11, 2011 at 8:55 PM
0
comments
Labels :
Tazkirah
“ adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kpdnya”
Tiadalah hawa nafsu kecuali menuruti apa yang di biasakan, jika dituruti kemahuaannya, ia akan ketagihan dan jika tidak, ia tidak akan menuntut. Berbohonglah kepada hawa nafsu, bila berbicara dengannya. ( pesanan dari seseorang kpd ku )
Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “ tanda baiknya islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya “
Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “ tanda baiknya islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya “
( Pesanan bersama )
Assalamualaikum...
Setelah panjang lebar mukhadimah. Ini peringatkan kpd diri sendiri dan suma. Terutama untuk diriku ini yang amat lemah, yang sentiasa melakukan kesalahan kepadaNya. Setiap insan punya nafsu. Melawan nafsu adalah kewajipan. Keraslah hati bagi orang yang tidak mampu melawan nafsu nya. Ea, kita memang manusia biasa, yang sering leka akan dunia, kadang terjatuh dengan hawa nafsu, godaan syaitan. Sedarlah kita, nasfu ini menutut akan apa yang kamu tidak suka. Janganlah biarkan nafsu kita menguasai kita. Suci kan hati kita. Jangan lah sesekali kita gelap kan hati kita. Jangan kita legapkan hati kita. Sedar lah, dan bersyukur lah Allah sentiasa bersama kita. Dia kurniakan nikmat iman dan islam kepada kita. Nikmat yang terbesar. Engat lah bahawa hidayah, ilmu dan apa sahaja yang akan masuk ke dalam hati umpama cahaya. Bersihkan lah hati. Jika legap nya hita.maka susah lah cahaya ntk tembusi. Jika bersinarnye hati, maka senang lah cahaya masuk dan bertakhta di hati. Jaga lah hati, jaga lah Allah.
“jagalah Allah, nescaya engkau akan bersamaNya. Kenalilah Allah diwaktu lapang, nescaya Dia akan mengenalimu di waktu-waktu susah. Ketahuilah bahawa segala perbuatan salahmu belum tentu mencelakaimu dan musibah yang menimpamu belum tentu akibat keselahanmu. Ketahauilah bahawa kemenangan beserta kedukaan dan setiap kesulitan ada kemudahan..”
Ingat lah kita. Allah sentiasa membuka pintu taubat bagi setiap hamba2x nya. Jangan kita berputus asa pada nikmat Nya. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba Nya. Dekatkan lah diri kepada Allah. Nescaya kita tidak akan rugi dunia akhirat. Kejar lah Allah, moga kita sentiasa dilimpahi dengan rahamt Nya. Moga dengan rahmat Nya, kita bersama-sama dunia akhirat dan ditempatkan di dalam syurga Nya. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan semua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)