..:: TARIQAT SUFI ::..



Tariqat itu satu Jalan
Untuk hamba mengenal TUHAN
Hendaklah dicari , perlukan Panduan
Guru Mursyid sebagai Pedoman.....

Tariqat Sufi beronak duri
Bagi merintis haruman kasturi
Untuk mengapai sukar sekali,
Tersilap langkah memakan diri....

Tariqat Tasawuf amalan rohani
Wasiat indah junjungan Nabi,
Tiada boleh ditukar ganti,
Sepanjang zaman kekal abadi.

Tariqat salaf bertunjang Syari'at
Melangkah jalan meniti Hakikat
Di pasak bumi dengan Erat,
Umpama bahtera menuju Ma'rifat.

Tariqat yang benar ikhlas beramal
Ilmu dan fa'al jangan ditinggal
Perlu diingat sebelum ajal
Sebagai bekalan di hari azal.






Bagaimanakah Mendapatkan Darjat Kesolehan ?


Ibrahim Bin Adham rahimahuLlah berkata :


" Seseorang lelaki itu tidak akan mencapai darjat orang-orang soleh sehinggalah dia menempuh enam rintangan dalam perjalanan hidupnya " :


1. Hendaklah dia mengunci pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan.

2. Hendaklah dia mengunci pintu nikmat dan membuka pintu kesempitan.

3. Hendaklah dia mengunci pintu kerehatan dan membuka pintu
kesungguhan.

4. Hendaklah dia mengunci pintu tidur dan membuka pintu berjaga malam.

5. Hendaklah dia mengunci pintu kekayaan dan membuka pintu kefakiran.

6. Hendaklah dia mengunci pintu angan-angan dan membuka pintu
persediaan untuk mati.



Al-Hassan Al-Basri rahimahuLlah berkata :

i. Kekayaan itu berada dalam Qanaah (bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak tamak)

ii. Selamat itu dalam keadaan menyendiri.

iii. Merdeka itu dalam meninggalkan syahwat.

iv. Cinta itu dalam meninggalkan keinginan.

v. Gembira selamanya kerana sabar di dunia sementara

Followers

Facebook Twitter RSS