~ Jika Kesempurnaan Yang Dicari ~




Aku, seorang insan biasa yang tak punyai apa, hanya sekadar nikmat-nikmat Allah yang dibawa ke sana ke mari, cantikkah aku? kacakkah aku? kayakah aku? kalau pun aku begitu yang hakikatnya tidak, sekali sahaja Allah berseru, nikmat cantikmu AKU ambil kembali! maka tiada lagi cantik itu... tiada lagi si cantik itu, jika itu yang kamu pandang2kan, aku memang pastinya bukan pilihan, tapi aku punya satu matlamat, aku ingin jadi yang terbaik! kerana yang terbaik juga yang aku mahukan... dorongan ini kudapat jua kerana suatu peristiwa... maka telusurilah...

Sedang enak aku menghirup secawan kopi pahit malam itu, buat menyegarkan mata... sahabatku datang singgah di tepi, "wahai syahid, termenung apa sendiri2 begini" aku berpaling sedikit, "Ah, Mujahid... tafaddal ya akhi, mari minum kopi" aku senyum. Sejenak kami sama2 diam, masing2 bagai mengerti soal apa dihati. Mujahid menyoal aku secara tiba2 "Syahid, kamu berfikir mahu yang terbaik ya, jika benar adakah soal pasangan?" aku terkesima, bila masa pula dia belajar 'irab, tak mungkin! oh ya, mmg sebenarnya itu yang aku fikir... aku mendongak... "anta benar, nampaknya hati kita sudah bertaut, kamu memahamiku, aku memahamimu "

Sudah lama benar nampaknya si Syahid, mencari2 apa yang dikata Mujahid tadi, PASANGAN!... ketemu saja sudah ramai, cuma masih lagi tiada yang tersangkut, kerana apa? kerana inilah! mahu tahu? kita teruskan... :)

Mujahid membuka bicara, "Syahid, sebenarnya sudah acap kali ana dengar yang anta asyik2 ketemu calon tapi sudahnya tiada kesudahan, sebab itu ana bisa menelah hati anta" Mujahid mengambil biskut sambil mencecah kopi... kemudian menyambung "tetapi tidak sekali pun anta menceritakan apa yang berlaku membuatkan semua itu gagal, sudikah kiranya kita berkongsi cerita malam ini?" aku senyum lagi, kali ini aku tekad, cerita ini akan sama2 dikongsi demi kemaslahatan bersama... maka sirahnya begini!


Suatu ketika, ketika masih mentah, pernah ku ketemu... gadis rupawan, cantik wajahnya, bak bulan purnama... fasih lidahnya dalam berkata, membuat aku terpesona... aku menyapa dia membalas, kutanya nama, dia menjawab... aku suka! hatiku begelojak gembira, inikah pasangan hidupku? akal singkatku yg mentah itu berfikir, sudah sempurna amat sekali pandang, tetapi setelah ku amat amati, dan mendapat nasihat dari yg lebih mengerti, gadis itu bukan yang terbaik sebenarnya, dia tidak melindungi mahkota seorang wanita! rambutnya ditayang2! ah, aku masih mentah!

Tidak lama selepas itu, aku meningkat sedikit dewasa. Di kota metropolitan Kuala Lumpur aku ketemu seorang gadis pujaan, lembut wajahnya, auratnya ditutup dengan baik, aku cuba mendekati, dia tidak menghindari, aku soal saja belajar dimana, dia malu2, oh rupanya, tidak lagi belajar, dia sudah kerja sambil sambilan di pasaraya berhampiran, belajarnya kandas awal2 lagi. Ah... aku tidak suka! bukan ini yang aku cari!

Langkah aku teruskan, ku menginjak ke alam berikutnya, aku semakin matang dan sekarang aku di pusat pengajian tinggi. Disini kulihat ramai gadis2 yang mungkin bisa menepati kriterea ku... aku jumpa!! Satu persatuan denganku, pakaiannya bisa menambat hati, auratnya rapi ditutup, aku mula berjinak2 mahu mengenali... ah... dia dengan senang memberi balasan... hatiku melonjak gembira! suatu hari, rakan kuliahku memberitahu, si dia yg aku minati itu sebenarnya mmg senang2 saja melayan muslimin, katanya sebagai teman2... aku kecewa, ini bukan muslimah! kataku... senang2 saja melayan kaum berlainan jantina, teman atau apa pun alasan, aku benci begini! aku tinggal saja!

Dari tahun ke tahun, aku semakin matang, ku sertai pula waktu ini satu jemaah Islam, pergerakan dakwah yang aktif bersama mahasiswa dan masyarakat luar, aku seronok dengannya, lebih2 lg muslimat di situ rata2 memiliki apa yang aku cari.. Aku mula mengorak langkah, aku ingin kali ini menjadi! Muslimah itu manis rupanya, tudungnya labuh, tingkahnya lembut, baik agamanya... kudekati dia dengan cara sepatutnya, dia tidak menolak mentah2. suka!... aku suka! ku mula selidiki latar belakangnya, ah... rupanya dia dari keluarga yang bermasalah, keluarga yg berpecah belah! aku tidak mahu begini! akan membawa masalah nanti kepada aku dan mungkin keluargaku jua! aku tinggalkan lagi kali ini!

Sudah hampir mahu aku putus asa, sekarang aku mencuba nasib menceduk 'ilmu di bumi anbiya'... aku mahu merasa suasana ilmu disana, dan suatu ketika, hatiku tiba2 dicuri lagi! Muslimah idaman itu mula menghuni taman hatiku! dia muslimah idamah seluruh kuliah disana! Rapi wajahnya dilindung purdah, sempurna tubuhnya dilindung jubah, tudungnya litup mengikuti suruhan Allah! Wajahnya manis, ayu dan indah, matanya saja membuat aku gundah, agamanya teguh, akidahnya sohih, amalnya istiqomah...datangnya dari keluarga ulama' terbilang di Malaysia, tingkahnya tegas, hatinya tabah... perjuangan tetap tidak berubah! ya Allah... inilah yang aku cari2... inilah dia calon pilihanku! tiada lain lagi, akan aku sudahi!

Aku mula terbayang redup mata sang muslimah itu, aku tekadkan hati akan ku sudahi kali ini, ku hantar wakil meminang si dia... mengikut sunnah, menurut adat... sesempurnanya akan ku buat!

Suatu hari, ku dapat berita dari si dia muslimah pilihan. Satu pesanan yang membuat aku menjadi aku yang sekarang,
"Ana tahu sudah tentang lamaran anta, cuma ana ingin satu kepastian, jika jawapan yg diberi anta adalah 'YA' kesemuanya maka lamaran anta ana terima, Satu : Bagaimana keadaan iman anta, sudah mantap? dua : bagaimana perjuangan anta, sudah teguh? tiga : bagaimana amalan anta, sudah istiqomah? empat : bagaimana hati anta, sudah suci dari bisikan nafsu semata? lima : Apa yang telah membuat anta terpaut pada ana? adakah kerana agama yang utama?"

DIA JUGA MENCARI YANG TERBAIK! Aku tunduk menangis kali ini, aku tidak mampu memberikan jawapan YA untuk kesemuanya, aku sedar dan sedar! aku mencari kesempurnaan, aku mencari yang terbaik buatku, tetapi aku lalai dari berusaha utk menjadi yang terbaik buatnya! zalimnya aku!

Sesudah itulah, tidak lagi kucari2 yg terbaik, yang utama, aku mesti berusaha menjadi yg terbaik terlebih dahulu, ya Allah... izinkan kami menjadi insan itu! izinkan aku ya Allah! ku sujud padaMU, moga akulah yang terbaik buat insan itu, ku pasakkan keyakinan nan teguh padaMU, tidak luntur tidak goyah!


Ya Allah...
Izinkan buatku yang lemah menang dalam MUJAHADAH! Moga taburan onak duri ini menjadikan aku lebih dekat dengan Mu. Ameen ya Allah...

Followers

Facebook Twitter RSS