Powered by Blogger.

RAMADHAN MEMBAWA HADIAH YANG BANYAK



Dengan rahmat Tuhan Ramadhan tiba lagi
Ramadhan membawa hadiah-hadiah yang terlalu banyaknya
Mahal dan besar-besar dari Tuhan
Hadiah buat orang bertaqwa
Bukan untuk orang Islam
Lebih-lebih lagi bukan untuk orang yang zalim dan fasiq
Hadiah dari Tuhan yang bermacam-macam
Diletakkan di dalam batil-batil dari bahan-bahan yang mahal

Di antara hadiah-hadiah itu ialah:

1. hadiah keampunan Tuhan, hadiah terbesar buat orang yang bertaqwa
2. hadiah keredhaan-Nya juga mahal
3. kasih sayang-Nya yang sangat diperlukan
4. rahmat-Nya
5. berkat dari-Nya dunia Akhirat
6. diberi-Nya pahala berganda-ganda
7. hadiah lailatul qadar diberi ganjaran seribu bulan beribadah
8. akhirnya Syurga Tuhan yang kekal abadi

Kedatangan Ramadhan yang sebenarnya
bertukar-tukar hadiah di antara hamba-hamba dengan Tuhan
Hadiah di antara dua pihak bukan satu pihak sahaja
Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba
Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan
Siapa yang dapat menghadiahkan sesuatu yang mahal kepada Tuhan
Maka dapatlah hadiah dari Tuhan yang juga sangat mahalnya
Rupanya ketibaan Ramadhan pun bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan
Tidak semua hadiah hamba dibalas hadiah oleh Tuhan
Hadiah-hadiah yang mahal dari hamba sahaja yang balas hadiah oleh Tuhan
seperti yang akan disebutkan
Wadah-wadah orang yang bertaqwa yang hendak diisi dengan hadiah-hadiah tadi ada pulangannya


Wadah-wadah itu banyak pula di antaranya:
1. Ada wadah puasa yang diisi dengan keinsafan, timbang rasa, kesabaran, rasa hamba
Rasa lemah, lembut hati, lapang dada, bertolak ansur

2. Wadah sembahyang diisi dengan hadiah-hadiah rasa kehambaan, rasa dilihat,
Rasa hina, rasa rendah diri, lembut hati, rasa harap, malu, rasa kerdil, tawadhuk, khusyuk, Gementar, takut, taubat, menyesal, takut dengan dosa di masa depan

3.Wadah membaca Al Quran diisi dengan dapat ilmu, pengajaran, keinsafan
Terasa kebesaran Tuhan, terasa rahmat dan kasih sayang-Nya kepada insan
Hati tenang, bertambah takut dengan Tuhan dengki hilang

4. Wadah zikir seperti tasbih, tahmid, takbir diisikan dengan mensucikan Tuhan,
Memuji Tuhan, membesarkan Tuhan, tawakkal, penyerahan diri kepada Tuhan,
baik sangka

Membesarkan Akhirat, mudah dengan dunia, dunia tidak menyusahkan hatinya
Tenang dengan dunia, gelisah dengan Akhirat Jika setiap wadah-wadah tadi dapat diisi dengan rasa-rasa yang telah disebutkan tadi

Orang bertaqwa sungguh dapat manghayati Ramadhan dengan akal fikiran, hati dan jiwa raganya Ruh Ramadhan menjadi roh kepada hatinya dan jiwanya Ruh di atas roh, jiwa di atas jiwa Rohnya bercahaya dengan cahaya Ramadhan Itulah orang bertaqwa

Orang bertaqwa sahaja yang pasti dapat hadiah yang besar Kerana orang bertaqwa itu dapat membawa hadiah pula untuk Tuhan Hadiah-menghadiah bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan Sesiapa yang tidak dapat memberi hadiah di bulan Ramadhan kepada Tuhan seperti yang telah dinyatakan Dia tidak akan dapat hadiah dari Tuhan Sesiapa yang tidak dapat hadiah dari Tuhan sia-sia sahaja Ramadhan Dia tidak dapat apa-apa kecuali dahaga, kelaparan, kehausan dan keletihan

Cuba kita fikirkan Ramadhan yang telah lama kita lalui Adakah kita membawa hadiah-hadiah yang berharga kepada Tuhan?

Kita tentu dapat mengagak nilai hadiah yang kita anugerahkan kepada Tuhan
setiap Ramadhan bukan?

Apakah hadiah hadiah kita itu Tuhan balas dengan hadiah yang telah disebutkan?

Semua soalan-soalan itu setiap orang boleh memberi jawapan Berdasarkan ilmu pengetahuan seperti yang digambarkan Sungguh susah hendak dapat hadiah dari Tuhan di bulan Ramadhan Kerana bulan Ramadhan kita jadikan pesta minum dan makan Pesta borak-borak dan bualan-bualan selepas sembahyang sebelum pulang Bukan pesta mencapai hati dan jiwa takut dan cintakan Tuhan Bulan Ramadhan sebenarnya adalah pesta rohaniah, pesta hati dan jiwa Ramadhan bukan pesta lahiriah Atau pesta syariat rohnya tidak ada.


HORMATILAH RAMADHAN

Hormatilah ramadhan
Hormatilah muliakanlah bulan ramadhan
Berpuasa disiangnya beribadah dimalamnya
Tinggalkan dosa banyakkan pahala
Moga Allah meredhai kita

Banyakkanlah amal ibadah yang bermacam-macam
Tambahkanlah jua sedekah disepanjang bulan ramadhan
Berbukalah dengan yang halal jauhkan pembaziran
Kurangkan keluar di bulan puasa
Untuk mengela dari membuat dosa
Melainkan ada perkara yang penting
Agar ibadah puasa kita tidak terjejas

Jauhkan dari perkara yang haram dan jua yang syubhat
Jauhkan dari banyak berkata yang sia-sia
Membaca Al-Qur’an jangan dilupakan ia panduan untuk kita
Moga kita dapat pengajaran darinya
Supaya hidup kita berada di jalan yang lurus

Begitulah cara menghormati bulan ramadhan
Agar kita dapat mengisi dengan sebaik-baiknya
Ia datang setahun hanya sebulan sahaja

Merindui Ramadan



Duhai Ramadhan…
Kehadiranmu
Mengukir senyuman
Bersulam syahdu tawa
Mengiringi sayu hangatan air mata
Menghimpun panjat syukur buat yang Esa


Duhai Ramadan…
Kehadiranmu
bak Penantian sang kekasih pada arjunanya
Biarkan penantian ini umpama episod cinta
Episod cinta 10 malam terakhir
Menguntum nikmat Lailatul Qadar
Padanya turunnya Al-Quran
Ganjaran melebihi seribu bulan

Duhai Ramadan…
Biarlah kehadiranmu kali ini
Menjadi pertemuan istimewa antara kita berdua
Titian hari merobah paradigma iman jiwa
Melakar megah lembayung Taqwa
Peroleh rahmat beroleh bahagia
Ampunan dosa hitam nan kelam
Terlepas azab Jahannam menjulang

Duhai Ramadan…
Biarlah kehadiranmu kali ini
Melambai mesra syafaat bahagia
Melakar senyuman cinta ke syurga
menguntum kasih buat Allah yang Esa
Membawa lalu duka nan lara
Mengusir pergi tangis sengketa

Duhai Ramadan…
Andai pertemuan ini yang terakhir
Jadikanlah saat bersamamu disusuli
basahan zikrullah
beralun merdu lafaz al-kitab
beserta istiqomah tahajjud syukur
Jua tadahan doa pohon ampunan
Mengecap impian syurga idaman..

Air Mata Ramadan


Tidak ku duga…
Engkau kian menghampiri saat kepulanganmu
Sedang aku baru mulai menghitung ibadah
Rupanya terlalu tipis ibadah yang ku gubah
Saat ini baru ku sedari kenikmatanmu
Saat ini baru ku sedari keindahanmu


Duhai Ramadhan…
Ku akui imanku terlalu halus umpama zarah-zarah yang berterbangan
Ku tahu kedatanganmu terlalu pantas seumpama sambaran kilat
Namun ku tetap terus leka dengan mainan khayalan benakku
Tanpa memikirkan untuk mengatur cara mendakapmu seeratnya
Aku lupa denganmu aku bisa melawan amarah yang menyinga
Daripadamu juga berusaha mendidik rembatan nafsu bisuku
Dan daripadamu juga aku mengenal kondisi diriku yang sebenarnya

Kini baru aku mulai bersungguh menggapaimu
PadaNya ku sujud meratib memohon berjuta keampunan
Atas segala titik dosa yang pernah ku pahatkan padaNya
Air mataku lencun membasahi hamparan sujudku
Mangalir deras menyucikan lorong-lorong kelam dosa
Menyuburkan kebun hati yang tandus baja ketenanganNya

Mutiara jernih itu amat bernilai maharnya bagiku
Kerana ia penawar utama buat sanubari ini
Aku bersyukur di kelewatan keinsafan ini
Engkau suntikkan sinar cahaya kesedaran
Akan ku berusaha meraih fasa ketiga yang Engkau titipkan
Setelah fasa pertama dan kedua yang telah ku abaikan

Ya Allah…
Berilah daku peluang untukku mengkoreksi diri
Walau ku tahu RamadanMu akan berlalu pergi
Berilah ruang dan peluang ku mengecap sekelumit berkat darinya
Aku juga hambaMu yang amat mendambakan malam Al-Qadr
Temukanlah aku dengannya agar ianya bakal menjadi bekal bagiku nanti

Ya Ilahi…
Akan ku pelihara air mata Ramadan ini hingga ke akhirnya
Takkan ku biarkan air mata ini menitis untuk perkara yang sia-sia
Titipkanlah walau secangkir cuma belas EhsanMu kepadaku
Agar ku bisa mewarnai kehidupanku dengan keimanan padaMu
Agar ku bisa pulang dengan penuh rasa kehambaan padaMU

Rindu Cinta Ramadhan



Menanti kehadiran Ramadhan umpama rindu dan kasih yang tak berkesudahan. Ia datang bertamu kembali pada mereka yang merinduinya.. menanti untuk menyayanginya.. menanti untuk berkasih dengannya.. menanti untuk bermadu mesra dengannya..

Kerna Cinta Ramadhan itu, tidak pernah luntur dan padam.. setianya kepada sekalian ummat, membuatkan hati ini terlalu rindu untuk kembali bertemu dengannya.. biar berkali jiwa Ramadhan di sakiti dan dicalari, ia tetap hadir dengan senyuman yang bersinar..

Cinta Ramadhan itu terlalu mendalam.. padamu Ramadhan, ada sesuatu cinta yang tersirat yang sukar untuk di ungkapkan.. Sampaikan salamku pada Ramadhan agar ia sentiasa mengingati, bahawa aku sentiasa menanti kehadirannya..

Oh Ramadhan,
kedatanganmu semakin hampir,
rinduku padamu semakin menggila,
kau bawa seribu kemuliaan tak terhitung jumlahnya,
kau tutupi seribu kemusnahan bencana dunia.

Kini ku sedar, aku harus bersiap siaga,
supaya kemuliaan yang kau bawa, tidak berlalu begitu saja,
Al quran, akan sentiasa ku bawa,
mathurat, tahajud, menjadi bekalan ku yang utama

Bebarapa hari lagi tersisa
bekalan akan ku persiapkan secukupnya
kerana Aku ingin menemuimu penuh cinta
cinta pada yang Maha Esa.

..Kini datang lagi..



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat sahabat skalian..beberapa hari tinggal lagi untuk kita menyambuat bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak..lain kata madrasah Ramadhan..iaitu bulan yang mendidik kita untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa..Allah..Allah..sampaikanlah aku kepada Ramadhan yang mulia..ameen..


........................................................


اللهم إنا نسألك إيمانا كاملا ونسألك قلبا خاشعا ونسألك علما نافعا ونسألك يقينا صادقا ونسألك دينا قيما ونسألك العافية من كل بلية ونسألك تمام الغنى عن الناس وهب لنا حقيقة الايمان بك حتى لا نخاف ولا نرجو غيرك ولا نعبد شيئا سواك.

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah, kurniakanlah kami (deen) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.

Berikanlah kami ya Allah iman yang sebenarnya, sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.


Allahumma Ameen !!

Mengejar Khusyu dalam sembahyang



Sembahyang 5 waktu ibarat mekanisma yg berperanan sebagai check & balance kehidupan mukmin. Ianya boleh menjadi monitor kpd haluan hidup. Melalui sembahyang para mukmin akan mampu bertahan dgn aqidah yg benar dan syariat yg tepat.

Allah swt berfirman
hari yg tidak bermanfaat harta dan anak2 kecuali mrk yg kembali kepd Allah dgn hati yg sejahtera (bersih dan beriman).

Surah Asy Syuara ayat 88-89

Utk menjadikan sembahyang itu sampai kepd peringkat yg sejahtera (mutmainnah) maka perlu memenuhi syarat2 batin.

Langkah2 ini termasuk dlm usul fiqh yg bermaksud:
tidak sempurna sesuatu yg wajib melainkan jalan2 ke arah kesempurnaannya juga wajib.

Walaupun syarat batin ini tdk diwajibkan secara hukum qatie (putus ), namun ianya perlu utk mencapai kesempurnaan sembahyang iaitu khusyuk.

Orang mengaitkan khusyuk dgn sembahyang. Justeru itu ramai org hanya mengusahakan khusyuk ketika hendak memulakan sembahyang khususnya semasa takbiratul ihram. Ketika itulah kita cuba & berusaha utk menumpukan perhatian dan menghadirkan hati di dalam sembahyang.

Kefahaman khusyuk spt ini telah menyimpang dari erti dan maksud khusyuk sebenarnya. Krn salah faham inilah maka ramai org gagal mencapai khusyuk meskipun telah bersembahyang berpuluh2 tahun.

Sebab itu kesan sembahyang tidak ada terhadap diri, akhlak,& peribadi. Jika adapun sgt kurang atau minimum iaitu tdk nampak perubahan pada diri dan peribadi meskipun tlh bersembahyang berpuluh2 thn.]

Tidak khusyuk di dlm sembahyang adalah kerana tidsk khusyuk di luar sembahyang

Tuntutan khusyuk bukan terhad ketika di dalam sembahyang shj. Tetapi dituntut supaya berada dlm keadaan khusyuk setiap masa walaupun di luar, lbh2 lagilah di dlm sembahyang. Tuhan bukan wujud hanya dlm sembahyang. Tuhan wujud setiap masa dan ketika.

Kalau tidak khusyuk di luar sembahyang, agak mustahil dapat khusyuk di dlm sembahyang. Tidak khusyuk di dlm sembahyang adalah kerana tdk khusyuk di luar sembahyang.

Sekiranya seseorg khusyuk di luar sembahyang, khusyuk itu sudah pasti berterusan dan akan dibawa ke dlm sembahyang. Hanya apabila di dlm sembahyang, rasa khusyuknya itu lebih subur dan lebih tajam krn sembahyang itu ada rukun, syarat2 sah batalnya dan disiplinnya.

Tidak timbul hati tidak hadir dlm sembahyang atau teringat perkara2 lain di luar sembahyang krn org yg khusyuk itu, hatinya sentiasa bergelora dgn Tuhan.

Org yg khusyuk itu ialah org mukmin yg berjiwa tauhid. Org yg rasa cinta dan takutnya dgn Tuhan sentiasa mencengkam jiwa dan hati nuraninya. Rasa kehambaan dan rasa berTuhan begitu kuat hingga memenuhi pelosok hati dan perasaannya.

Rasa2 ini tidak lekang dan dibawanya ke mana shj dia pergi. Rasa cinta dan takut Tuhan menguasai jiwa dan fikiannya. Dia khusyuk di luar sembahyang lebih2 lagilah di dlm sembahyang.

Khusyuk itu bukan perkara akal atau fikiran atau meditasi.
Jika hanya mampu membawa akal dan fikiran shj ke dlm sembahyang, paling tinggi kita hanya akan dpt menumpukan perhatian dan tidak lebih dari itu. Kita tdk akan dpt rasa hebat dgn Tuhan, rasa Allah itu Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, Maha Pengampun, Maha Penyayang dsbnya.

Jauh sekalilah kita dapat rasa berkasih sayang, bermanja2, meminta2, mengadu2, berbual2, berdialog atau mencurahkan segala rasa dan isi hati kita kpd Tuhan.

Khusyuk adalah perkara hati, jiwa dan roh. Ini melibatkan rasa. Iaitu rasa2 terhadap Tuhan, terhadap ciptaan2 Tuhan, terhadap diri kita sebagai hamba, terhadap dosa dan pahala, Syurga dan Neraka dan sbgnya.

Ibn abbas berkata,
bhw org yg khusuk itu adalah org2 yg takut dan menghinakan diri ketika solat di hadapan Allah swt krn kebesaran dan keagungan yg dimiliki oleh Allah swt dan tercipta dlm hatinya betapa hebatnya kewibawaan Allah swt.

Imam Al Ghazali pula berpendapat, bhw
khusuk itu adalah merupakan sifat2 hati berupa rasa bimbang dan takut.

Perkara yg bersangkut paut dgn akal atau fikiran mungkin mudah dimulakan dan ditamatkan spt kita membuka dan menutup suis lampu atau channel televisyen. Setakat membawa fikiran dan kesedaran akal kita ke dlm sembahyang mungkin lbh mudah dan boleh dibuat ketika bertakbiratul ihram.

Tetapi utk membawa rasa, ini mustahil. Kalau rasa khusyuk tidak wujud di luar sembahyang atau sebelum sembahyang. Maka ia terus tidak akan wujud di dlm dan di sepanjang masa kita sembahyang. Sebab perkara roh, hati dan jiwa yg membawa kpd rasa2 ini ialah hasil dr penghayatan dan penjiwaan. Ia tidak boleh di buka atau ditutup atau di onkan atau di offkan ikut sesuka hati kita.

Ia adalah keadaan hati itu sendiri.

Kalau ada rasa khusyuk maka khusyuklah dia. Kalau tdk ada maka dia tdk akan dpt khusyuk.

Sembahyang yg benar2 khusyuk ialah sembahyang yg sentiasa mempunyai rasa2 yg berubah dari satu rasa ke satu rasa yg lain sesuai dgn rukun dan bacaan dlm sembahyang dari mula takbiratul ihram hingga kpd salam.

Untuk mencapai rasa2 ini, ia terlbh dulu mesti diusahakan dlm keadaaan biasa di luar sembahyang. Hanya di dlm sembahyang, ia disubur, dihidup dan ditajamkan lagi supaya kita lebih dpt berinteraksi, berhubung hati dan berhubung rasa dgn Tuhan.

Soalan 1


Adakah akal dan fikiran itu berbeza dari roh, hati dan jiwa?
Bagaimana itu boleh berlaku?
Bukankah akal itu perbezaan manusia dengan binatang?

Dan bagi saya yang tak berilmu ini, Akal, fikiran jiwa, rasa dsbgnya adalah muncul dari seseorang yang sama dan tidak perlu dibeza-bezakan. Kesemuanya mewakili perkakasan mental seseorang itu yang dianugerahkan Allah kepadanya untuk melakukan perkara-perkara fizikal dan mental di dunia yang fana ini.

Huraian

Dunia ini atau kehidupan manusia dicorak samada baik atau buruk, memberi manfaat atau mudharat, yg boleh mendatangkan kasih sayang atau mengharu-birukan....ada 3 unsur yg tidak nampak dlm diri manusia yg sgt memainkan peranan mendorong lahiriah manusia. Iaitu Akal, Nafsu dan Roh.

Makhluk yg 3 inilah yg tdk nampak dan bersifat rohani dan maknawi yg memperalatkan anggota lahir bertindak. Anggota lahir tidak faham apa2 hanya menjadi alat semata2 kpd akal, nafsu dan roh.

Memang benar realitinya kita bukan dari kalangan orang yg hanya menggunakan akal shj, atau menggunakan nafsu shj dan tidak juga menggunakan roh shj. Ianya digabung2 kan.

Jadi bagaimana sebenarnya hal ini?

Akal tugasnya memproses maklumat dan kemudian dikeluarkan bila perlu. Proses inilah dipanggil berfikir.

Nafsu itu tugasnya merangsang akal atau roh sebab itu nafsu itu kena dididik menjadi nafsu yg baik agar rangsangannya pada akal dan roh juga baik.

Roh pula terbagi dua iaitu
roh hayah (hayat) yg merupakan nyawa kita. Jika ditarik maka kita mati.

Roh insan pula ialah roh yg memberi kita rasa2 atau perasaan spt gembira, sedih, takut, geli dsbnya.

Roh insan inilah yg boleh diasah dan pertingkatkan. Roh insan inilah yg mesti dipertajamkan dgn rasa2 berTuhan dan rasa2 kehambaan di luar sembahyang lebih2 lagi di dalam sembahyang. Roh insan inilah yg kita mesti latih tubi selagi roh hayah ada dibadan utk mendpt taraf khusyuk di luar sembahyang apatah lagi di dlm sembahyang.

Maka bagi kita, tentunya mahu memilih roh sebagai sumber rujukan. Namun kerana kelemahan roh maka kadang2 kita terpengaruh juga dgn kehendak akal dan selalu terdorong juga dgn kehendak nafsu.

Kita diperingkat mujahadah. 3 unsur dlm diri manusia ini saling berperang utk mahu menguasai manusia. Akal, kerana keegoannya, mahu org tunduk kepadanya semata2. Begitu juga nafsu. Roh juga ada keinginan itu.

Biasanya org hendak kepada kebaikan tetapi mujahadah tidak kuat, ia pergi ke akal. Tidak pergi ke nafsu. Tapi selalunya kekuatan logik akal juga sering tersasar dari apa yg dikehendaki oleh roh. Bagi org yg tidak fikir baik buruk, mujahadah tidak kuat, ia terus pergi kepada nafsu.

Kalau rohani lemah, akal akan menuntut kebebasan. Akal yang bebas akhirnya akan dipengaruhi oleh nafsu (merangsang). Gandingan akal dan nafsu ini ibarat api yang menyemarak dihutan yang kering. Selagi ada hutan, selagi itulah dia akan membakar. Lagi tebal hutan, lebih semarak lagi apinya.

Jadi di sinilah kita tahu kenapa roh/hati yang buta mesti dicelikkan, peranan roh itu mesti dicergaskan, dihidupkan, ditingkatkan kualitinya dgn 'makanan' yg tepat supaya fizikal kita tdk merana jika hanya dicorak oleh akal dan nafsu semata2 langsung tidak dpt dicorak oleh roh atau corakan roh hanya sekali-sekala.


Ibadah Yang Cuai

Ibadah yang berbagai-bagai aspek tujuian hendak memberi cahaya kepada hati
Ibadah yang dihayati ia memberi cahaya kepada jiwa
Cahaya itu adalah hidayah daripada ALLAH
Cahaya hati itu ialah keinsafan, rasa kehambaan

Rasa berTuhan, rasa takut dan cintakan Tuhan
Rasa rendah diri kepada Tuhan, baik sangka dengan-Nya
Redha dan sabar, merendah diri, rasa hebatnya Tuhan

Jangan pula ibadah itu menggelapkan hati
Jangan pula ibadah itu menghitamkan jiwa
Bagaimana ibadah menghitamkan jiwa?

Lepas ibadah senang hati, takut dengan Tuhan hilang
Rasa bangga pula datang
Ujub pun rasa berbunga di dalam jiwa
Orang yang tidak beribadah mulalah dia menghina
Dia rasa ibadahnya akan menyelamatkannya
Takut dengan su'ul khatimah hilang dari jiwa
Begitulah dia beribadah setiap masa

Semakin banyak dia beribadah, semakin aman dia rasa
Semakin ke hujung dia beribadah semakin bangga
Hingga takutnya dengan Tuhan hilang semuanya
Ibadah yang semacam itulah yang dimaksudkan ibadah yang menghitamkan jiwa

Dari ibadahnya tidak mengubah perangainya
Ibadah yang semacam itulah yang menipu dirinya
Ibadah yang dibuat tidak sampai matlamatnya

Sepatutnya ibadah itu untuk menebalkan rasa kehambaan
Tapi hasil ibadahnya dia rasa tuan pada dirinya
Marilah kita berlindung dengan Tuhan dari ibadah yang begini rupa

Soalan 2



Bagi saya, solat atau kalimah tauhid tertanam di dalam jiwa sama saja maknanya bila saudara mengatakan solat dan kalimah tauhid tertanam dalam dalam fikiran.

Adakah bila kita merasa sedih atau gembira, kita tidak menggunakan fikiran?
Apabila kita menganalisa sesuatu, adakah kita tak menggunakan perasaan?
Adakah roh kita tidak terlibat dalam proses-proses sebegini?

huraian

Katalah suatu hari kita buat jungle tracking dlm hutan... alih2 tersesat. Dalam keadaan terpingga2 spt itu, tiba2 kita ternampak kesan tapak kaki harimau dan tak semena2 dlm beberapa minit kita dengar ngauman hingga tanah yg kita pijak rasa bergegar.....pada masa itu...apa keadaan diri kita?

Mari kita lihat dlm keadaan spt ini, diri kita akan melalui 3 peringkat.

Peringkat pertama,
tentu otak/fikiran akan proses maklumat (nampak kesan tapak kaki harimau tersebut) dan kemudian mengeluarkannya, iaitu kita akan kata...

"ini nampak gayanya tapak harimau ni...."

Tapi fikiran kita di waktu itu tidak rasa takut sbb yg takut bukan fikiran. Takut bukan suatu perkara yg boleh diajar2 pada akal sbb ia makhluk Tuhan yg tdk dijadikan utk 'merasa.' Peranan akal hanya akan terhenti setakat menerima dan memproses maklumat bukan sampai merasa.

Peringkat kedua,
barulah maklumat dr otak itu tadi dihantar ke hati kita yg sekaligus akan merangsang hati utk rasa takut. Atas rasa takut itulah hati mengarahkan semula akal agar kena beredar segera dari situ! Di peringkat ini akal masih main peranan.

Peringkat ketiga,
belum pun sempat kita nak beredar dari situ...tup2 telinga kita dah berdesing akibat terdengar ngauman harimau..apalagi jawabnya... 'kita akan cabut lari lintang pukang mcm tak cukup tanah'....

Diperingkat ketiga ini....saya nak tanya..apakah akal masih main peranan iaitu mengarahkan kita agar lari ?

Jawapannya tentu tidak, sbb di masa kita sudah teramat-amat takut... diperingkat ini makhluk akal sudah pun 'jammed' hingga kita tak sedar apa jua tindakan kita!

Di sini cuba kita kaitkan dgn persoalan nampak kesan tapak kaki harimau dgn khusyuk didlm sembahyang. Kita boleh nilai dan faham di mana peringkat sembahyang kita.

Dalam sembahyang tidak menafikan peranan akal lebih2 lagi golongan orang awam macam kita yg perlu belajar dan hafal apa makna2 sembahyang. Di waktu ini akal memang sgt berperanan sbb maklumat perlu diproses oleh akal.

Tetapi apakah maklumat yg dipelajari dan diproses menjadi bahan berfikir itu cuba di hantar ke hati?

Sebab itulah di katakan bahawa khusyuk di akal masih boleh di 'on' dan di offkan' kerana sifat akal itu bukan merasa dan menghayati sedangkan utk khusyuk ialah soal merasa.

Bawalah fikiran sepenuhnya ke dlm solat sekalipun tetapi jika hanya di fikiran..ia tetap diistilahkan belum khusyuk spt yg Tuhan mahu. Kategori sembahyang spt ini masih dianggap org yg lalai didlm sembahyangnya.

Sedangkan jika sudah peringkat kedua (dr cth hati sudah takutkan harimau) iaitu peringkat yg sudah ada usaha utk menghayati iaitu 'merasa' dgn hati/roh apa2 makna dlm bacaan, barulah dikatakan kita dlm peringkat berusaha utk khusyuk. Itupun bergantung pada latih tubi yg kita kena usahakan sungguh2.

Sebab jika hati kita masih tidak kuat rasa2 berTuhan dan rasa2 kehambaan maka penghayatan sembahyang kita akan lebih condong pada penghayatan diakal semata2.

Akan berlaku berbolak-balik penghayatan kita. Sekejap dihati sekejap di akal. Sekejap di akal sekejap pula turun ke hati. Itulah kenapa kita akan merasa sekejap kita rasa 'hadir' dlm sembahyang sekejap tidak 'hadir' pulak tapi pada masa yg sama kita bukan tak faham makna2 bacaan..

Solat peringkat ini masih kategori lalai meskipun sudah agak baik. Sebab masih main tarik tali dgn Tuhan.

Muga2 ketika mendirikan sembahyang dimana timing kita yg tidak ada rasa itu Tuhan ampunkan.

warm-up

Di sinilah betapa pentingnya kena warm-up dulu sebelum solat...warm-up itulah yg dikatakan usahakan khusyuk di luar sembahyang. Rasa2 kehambaan dan rasa2 berTuhan sudah ditempa2 diluar sembahyang di dalam kehidupan harian kita.

Katalah lagi setengah jam nak solat, kita sibuk dgr lagu2 Siti..(sebagai cth). Jadi bila masuk sembahyang, tdk mustahil lagu2 Siti itulah yg akan memberi 'rasa2' pada kita sepanjang kita memahami bacaan dlm sembahyang kita.

Di sinilah kenapa 'rasa2' utk benar2 merasai apa yg di ucapkan pada setiap makna bacaan kita TUMPUL tidak TAJAM!

Kalaupun bibir dan akal kita sebut Allahu Akbar....tapi roh kita hanya rasa Allah tu tak lah sebesar mana. Begitu juga masa sujud....roh kita cuma rasa Allah itu taklah sesuci dan setinggi mana pun. Bila duduk antara dua sujud roh kita tak rasa pun automatik merintih minta diri kita diampunkan, dirahmati, ditinggikan darjat, dicukupkan, direzekikan dan begitulah seterusnya.

Memang akal kita akan kata betapa besar dan betapa tingginya Allah SWT itu atau betapa kita tersgt memerlukan Allah dlm menunaikan permintaan kita tapi hakikatnya roh kita tidaklah seiring ataupun sampai levelnya ke tahap level spt yg bibir dan akal kita akui. Inilah yg dikatakan khyusyuk itu ada level2nya bergantung kuat atau tajamnya 'rasa2' yg boleh roh kita capai!

Sebab itulah kita tak boleh bohong soal khusyuk ini dgn ukuran akal dan lafaz. Inilah yg di maksudkan khusyuk itu adalah KEADAAN HATI ITU SENDIRI.

Jika ada khusyuk maka khusyuklah dlm sembahyang, jika tidak maka tidaklah ada khusyuk.

Akhir sekali kita lihat peringkat ketiga (dr cerita di atas)
iaitu peringkat akal tidak lagi memainkan peranan. Iaitu roh/hati sudah dominan dari akal dan nafsu

Sembahyang pada peringkat ini....oleh kerana 'rasa2' kehambaan dan rasa2 berTuhan sudah menebal dan tajam iaitu makna2 bacaan sudah benar2 dijiwai, automatik penghayatan roh tidak berbolak-balik atau turun naik antara akal dan rasa.

Di ketika inilah seseorang itu akan tenggelam dlm lautan rasa...
spt rasa betapa hebatnya, betapa agungnya, betapa mulianya, betapa besarnya Allah dan pelbagai lagi (rasa2 berTuhan) dengan berselang-seli pula tercetus dgn sendirinya rasa gerun teramat sangat, rasa berdebar2, rasa lemah lutut, rasa kecut perut tak boleh nak cakap dsbnya. Hingga terkadang tu terlihat fizikal akan sedikit menggigil.

Di samping itu roh akan berselang-seli juga dgn rasa2 kehambaan yg tidak ada taranya spt rasa kerdilnya, rasa betapa harapkan pertolongan, rasa rindu, rasa serba tidak kena, rasa pilu dan ngilu, rasa hiba bagai nak pecah dada, rasa berdosa yg amat sangat, rasa langsung tak punya apa2 dsbnya. Ringkasnya ialah deretan lautan rasa yg sukar utk di luahkan dlm bahasa akal.....

Inilah peringkat sembahyang yg sudah ada nilai di sisi Tuhan. Yg sudah mencapai maqam khusyuk. Sembahyang spt inilah yg dikatakan dapat mencegah kemungkaran.

Terjadinya level2 khusyuk dlm sembahyang ialah bertitik tolak dari tidak kenal Tuhan dan tidak mampunya kita untuk sembah Tuhan (sembahyang seolah2 kita sedang nampak Tuhan. Inilah yg dimaksudkan dgn berjiwa tauhid bukan sekadar berakal tauhid semata.

Sebagaimana kita kenal betul2 harimau dan boleh pula nampak harimau. Tetapi kenapa cukup dgn hanya nampak bekas tapak kaki dan bunyi ngauman sahaja, kita dah atur langkah seribu, padahal belum pun harimau itu muncul di depan mata.

Samalah bukankah kita sudah tahu sifat2 Tuhan meskipun kita bukan boleh nampak Tuhan tapi kenapa kita tidak boleh bersikap spt sikap kita terhadap harimau itu tadi?

Ini kerana sedari kecil kita dah dikenalkan apa itu harimau, kekuatannya dan akibat yg boleh kita terima dari harimau hingga kejadian harimau dan segala kelebihannya kita dah jiwai betul2. Jadi kita dah kenal betul2lah harimau itu mcm mana. Munasabahlah kita sgt takutkan harimau. Sedangkan kita kenal Tuhan tidakpun sampai begitu.

Meskipun akal boleh proses maklumat melalui pembelajaran, Allah itu begian2 dan kita ini hamba yg sekian2, oleh kerana pendidikan kita sudah rosak ratusan tahun di mana tidak menekankan pendidikan soal roh hanya soal hukum itu dan ini dan syariat sana-sini, jadi itulah sebabnya kita susah nak timbulkan rasa2 berTuhan pada roh kita.

Jika rasa2 berTuhan tiada atau tak kuat macam mana hendak timbul rasa2 kehambaan. Macam mana nak capai maqam khusyuk. Sudah tentu kita lebih seronok luangkan lebih masa ambil tahu pasal makhluk, pasal peristiwa harian, pasal makan pakai kita atau pasal kerja kita.

Jadi sama2 kita berusaha tanpa jemu, cari jalan atau lahirkan sebab utk subur2 kan rasa2 berTuhan dan rasa2 kehambaan terhadap roh kita setiap hari agar KEADAAN HATI/ROH kita termasuk golongan roh2/hati2 yg khusyuk.Kerana itulah kunci utk mendapat khusyuk di luar sembahyang seterusnya membawa khusyuk itu ke dalam sembahyang. Amin


Allahu Akbar Satu Sifat Tuhan,

Allahu Akbar satu sifat Tuhan,
di dalamnya terkandung atau terhimpun
seluruh sifat-sifat Allah yang sempurna
Sebagai yang terpokok yang wajib diketahui
itulah dia sifat Tuhan yang dua puluh
Yang lebih terperinci ialah Asmaul Husna yang 99
Kalau secara detail Maha Besarnya Tuhan itu

Dia mempunyai sifat-sifat yang sempurna yang tidak dapat dihinggakan
Kerana itulah di dalam sembahyang perpindahan dari rukun ke rukun
disuruh menyebut Allahu Akbar
Di dalam apa sahaja kemenangan
disuruh jangan tinggalkan menyebut Allahu Akbar
Fahamlah kita Allahu Akbar,
Tuhan ada mempunyai himpunan sifat-sifat yang sempurna tidak berkesudahan
Menyebut sahaja Allahu Akbar,
ertinya kita mengakui keseluruhan sifat-sifat kesempurnaanNya
Allahu Akbar ini kalaulah Tuhan rasakan kepada gunung-ganang,
hancur-luluhlah gunung
Kalau Allah Taala rasakan kepada lautan,
akan bergelombang besarlah laut,
Banjirlah dunia
Matilah semua kehidupan di laut dan di daratan
Jika kehebatan Allahu Akbar itu dirasakan kepada langit runtuhlah langit
Berguguran segala matahari dan bulan dan seluruh planet,
kiamatlah dunia sedelum Kiamat
Kalau Allah Taala rasakan pula kepada bumi,
Bergerak dan bergelombanglah bumi, mati semua kehidupan
Jika dirasakanlah kepada para binatang,
akan matilah bergelimpangan di daratan dan di lautan

Allah Taala rasakan kepada orang yang bertaqwa mengikut ketaqwaannya
Tuhan sukat rasa itu mengikut peringkat peringkatnya
Kalaulah Tuhan rasakan kepada golongan yang bertaqwa
Allahu Akbar itu lebih daripada yang sepatutnya
Di waktu itu matilah mereka
kerana tidak tahan dengan rasa kehebatan Allahu Akbar
Maha Besar Tuhan, MahaAgung, Zat Yang Maha Esa
Siapa sahaja tidak terasa kehebatan Tuhan,
atau tidak gementar dengan kebesaran Allah
Rohnya sudah mati sebelum kematian badannya
Marilah kita berlindung dengan Allah,
daripada tidak terasa kebesaran Tuhan.

Rukun taqwa



Cara mendapatkan taqwa adalah satu pakej yang terdiri dari tiga perkara. Tiga perkara inilah yang paling penting dan paling asas dari keseluruhan usaha mendapatkan taqwa itu. Kalau tiga perkara ini tidak diperolehi dan tidak dihayati, maka usaha yang lain itu tidak ada erti apa-apa. Kalau dibuat pun sia-sia belaka.

Tiga perkara dalam pakej itu yang dinamakan rukun taqwa adalah:
1.Iman
2.Islam
3.Ihsan

Kita biasa dengar tentang Iman sampai sudah lali. Kita biasa dengar tentang Islam sampai sudah lali. Kita pun sebut Ihsan sampai sudah lali. Tetapi kita tidak pernah tahu ketiga tiga itu adalah rukun taqwa. Ketiga-tiga perkara di atas yang dijadikan satu pakej dinamakan rukun taqwa. Kalau rukun tidak ada kita tidak dapat tegakkan taqwa. Ibarat rumah, kalau tiang tidak ada, kita tidak boleh tegakkan rumah. Selama ini kita tidak pernah belajar atau diajar tentang rukun taqwa ini. Ia adalah asas, tapak atau benih taqwa.

Memang itu salah kita. Kita belajar pun tidak pernah habis. Belajar sedikit, pindah. Belajar sedikit, tinggal. Kalau hendak dikupaskan lagi, ketiga-tiga istilah ini bolehlah dikaitkan dengan Tauhid, Syariat dan Tasawuf. Iman itu Tauhid.Islam itu Syariat dan Ihsan itu Tasawuf.

Setiap perkara dalam ajaran Islam itu ada rukun dan ada syaratnya. Ada sah dan ada batalnya. Sembahyang misalnya, ada rukun, ada syarat, ada sah dan ada batalnya. Begitu juga dengan puasa dan haji, ada syarat, rukun, sah dan batalnya. Dengan taqwa tentulah lebih-lebih lagi kerana ia lebih besar dari sembahyang, lebih besar dari puasa dan lebih besar dari haji. Tentu ada rukun, syarat, sah dan batalnya. Orang tidak pernah ceritakan hal ini. Iman, Islam dan Ihsan adalah rukun taqwa. Rukun itu ertinya tiang. Kalau tidak ada tiang ertinya taqwa tidak boleh dibangunkan.

Iman ada pakejnya. Islam ada pakejnya. Begitu juga Ihsan ada pakejnya. Contohnya, Islam itu yang asasnya ialah rukun Islam. Yang tambahannya banyak seperti sembahyang sunat, puasa sunat, berjuang dan lain-lain. Itu semua syariat. Gabungan semua itu, barulah jadi rukun kepada taqwa.


RUKUN DALAM RUKUN

Walaupun rukun taqwa itu ialah Iman, Islam dan Ihsan tetapi dalam rukun taqwa itu ada pula rukun-rukun tambahan yang lain. Ia rukun di dalam rukun. Rukun di dalam rukun ini diperjelaskan seperti berikut:



1. Iman

Iman di sini ialah apa yang diterangkan di dalam rukun iman yang enam iaitu percaya akan Allah, malaikat-Nya, kitab-Nya, Rasul-Nya, hari Akhirat dan qada’ dan qadar. Dalam rukun iman yang enam ini pula, ada empat perkara yang menjadi rukun iaitu rukun dalam rukun. Dalam hendak membangunkan iman diatas enam rukun iman itu, ada empat rukun lagi iaitu:

i.Ilmu

Keenam-enam rukun iman itu tidak boleh dibangunkan kalau tidak ada ilmu. Kalau kita sekadar percaya tetapi tidak berdasarkan ilmu, tiang pada iman sudah runtuh. Rukun pada rukun iman itu sudah tidak ada. Membangunkan iman mesti atas dasar ilmu supaya kefahaman kita terhadap enam rukun iman itu betul dan tepat.

ii.Faham

Ilmu itu pula mesti difahami yakni ia tidak boleh terhenti di akal. Ia mesti diserapkan ke dalam hati. Memahami itu adalah dengan akal dan hati.

iii.Yakin

Selepas ilmu tentang enam rukun iman itu jelas dan difahami, kita kena yakin dengannya. Keyakinan ini tidak boleh dicelahi oleh syak, zan atau waham. Keyakinanlah yang akan mendorong kita menghayatinya. Namun hendak yakin dengan Tuhan dan lain-lain perkara dalam rukun iman berdasarkan ilmu bukan senang.

iv.Penghayatan

Hendak menghayati inilah yang susah. Menghayati itu maksudnya merasa bertuhan. Merasakan Tuhan ada peranan dalam hidup kita. Merasa hebat, cinta dan takut dengan
Tuhan. Merasakan Tuhan sentiasa melihat, mengetahui dan mengawasi kita. Begitu juga penghayatan tentang rukun-rukun iman yang lain.

Jadi ada empat perkara dalam satu pakej yang menjadi rukun kepada rukun iman yang enam. Yakni berlaku atau tidaknya rukun iman yang enam itu ditentukan oleh empat tiangnya iaitu ilmu, faham, yakin dan penghayatan. Di sini, tidak ada satu perkara pun yang bersifat lahiriah. Kesemuanya bersifat maknawiyah

Rukun iman itu bukan percaya begitu sahaja. Kita mesti yakin. Mungkin percaya atas dasar ilmu, mudah. Tetapi untuk yakin, itu susah. Ia perlu kepada kefahaman. Untuk menghayati lebih-lebih lagi susah. Contohnya ada disebut dalam Al Quran dan Hadis:

Maksudnya:

“Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya.”

Tuhan berkata lagi: Maksudnya:

“Barangsiapa pemurah, dia tidak akan papa bahkan Tuhan akan pemurah dengannya. Tuhan akan lepaskan dia dari masalah dan diberi rezeki dari sumber Allah.”

Walaupun ini kita percaya tetapi dalam realiti hidup, sandaran kita bukan pada Tuhan. Itu yang susah. Kita percaya sumber rezeki kita dari Tuhan tetapi sandaran kita pada duit. Kita percaya tetapi sandaran kita pada kerja. Kita rasa kalau tidak ada kerja, kita tidak boleh makan. Kita percaya Tuhan memberi rezeki tetapi sandaran kita dengan ilmu. Kita percaya dengan Tuhan tetapi kita rasa kalau tidak bersandar dengan menteri atau kuasa politik, kita tidak boleh berniaga, tidak boleh makan. Susah hendak yakin.

Percaya, memanglah percaya tetapi hendak yakin, susah. Sedangkan iman itu satu pakej iaitu ilmu, faham, yakin dan penghayatan. Kalau tidak cukup pakejnya, cacatlah iman. Kalau besar cacatnya, jadi kafir. Kalau kafir, sembahyang dan puasa pun tidak berguna. Kekal dalam Neraka. Kalau dosa kecil ia menjadi besar sebab ia bersangkut dengan akidah. Iman itu perlu ada ilmu, faham, yakin dan dihayati, baru sempurna.



2. Islam
Islam merangkumi lima rukun Islam yang kita semua sudah pelajari di masjid dan di surau. Ia adalah mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan haji. Seperti juga iman, cara untuk membangunkan lima rukun Islam ini ada rukunnya pula sebagai tiangnya. Kalau tidak ada rukunnya atau tiangnya, bagaimana kita hendak bangunkan rukun Islam. Ada lima perkara dalam satu pakej yang menjadi rukun kepada tertegaknya rukun Islam itu iaitu:

i.Ilmu

Syahadah umpamanya takkanlah cukup dengan mengucapkan kalimah sahaja dengan tidak ada ilmunya dan tidak tahu tuntutan-tuntutannya. Terjemahannya sahaja tidak cukup. Begitu juga sembahyang. Mesti juga berdasarkan ilmu. Jadi rukun Islam itu mesti berdasarkan ilmu. Amalan tanpa ilmu tertolak.

ii.Faham

Dalam menegakkan rukun Islam, kita mesti faham. Kalau dengan ilmu sahaja, mungkin kita boleh buat yang lahirnya tetapi batinnya rosak. Faham perlu untuk menjaga batin atau roh ibadah.

iii.Yakin

Yakin menjadi syarat. Kita kena yakin dengan ilmu kita dan ibadah kita itu. Ia perintah Tuhan. Bukan suka-suka dan bukan sekadar hobi.

iv.Perlaksanaan (Amalan)

Semua rukun Islam itu mestilah dilaksanakan dan diamalkan mengikut ilmunya. Di sini baru ada perkara yang lahiriah.

v.Penghayatan (Rasa)

Dalam melaksanakan rukun Islam, ia perlu dihayati supaya bukan lahir saja yang berbuat. Hati mesti ikut sama. Sembahyang contohnya mesti ada penghayatan.

Rupanya, dalam rukun Islam ada lima lagi rukunnya dalam satu pakej. Empat berbentuk dalaman atau batiniah dan satu berbentuk lahiriah. Ada ilmu, faham, yakin dan laksanakan (amalkan), itu mudah tetapi untuk menghayati adalah payah. Apa maksud hayati?

Menghayati itu adalah merasa. Contohnya sembahyang. Antara rukunnya ialah membaca Fatehah. Katalah kita ada ilmu tentang surah Al Fatehah. Kita faham tajwid, faham makna dan faham maksudnya. Kita pun baca. Kita boleh baca tetapi belum tentu kita boleh merasa. Kita baca, cantiklah tajwidnya, faham pula makna dan maksudnya, tetapi sudah bolehkah kita rasa?

Dalam sembahyang didapati ramai orang boleh baca tetapi tidak boleh merasa. Doa qunut contohnya, boleh dibaca dan mungkin tahu maksud bacaan itu, tetapi tidak boleh dirasa. Kalau tidak boleh dirasa maka tidak ada kesannya. Ia tidak sampai ke hati. Padahal kalau kita dapat rasa, baru ia tertuju kepada akal dan roh. Sebab itu seorang yang boleh merasa, dia tidak buat amalan sunat pun tidak apa. Amalan wajibnya pun sudah cukup berkesan.

Ada Sahabat Rasulullah yang tidak buat ibadah sunat tetapi Rasulullah kata dia ahli Syurga. Ibadahnya berkesan, walaupun dia buat yang wajib-wajib sahaja. Dalam rukun Islam ini, kita kenalah ada ilmu, faham, yakin, amal dan hayati (rasa).


3.Ihsan


Kalau diterjemah secara bahasa atau secara lughah, Ihsan maksudnya berbuat baik. Tetapi Ihsan yang bersifat rohaniah atau hati lain maksudnya. Ihsan ditakrifkan oleh Rasulullah SAW begini:

“Hendaklah kamu sembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Memang kamu tidak boleh melihat Tuhan tetapi hendaklah kamu sedar dan rasakan di dalam hati kamu, bahawa Tuhan melihat kamu.” (Riwayat Muslim)

Ihsan itu ialah apabila roh dan akal sedar bahawa Tuhan sedang melihat. Rasa Tuhan melihat, mendengar, mengetahui dan rasa Tuhan berkuasa mentadbir diri kita. Ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan ketika kita laksanakan perintah dan suruhan Tuhan. Itu sangat sulit kalau jiwa tidak hidup yakni kalau rasa bertuhan tidak ada. Rasa bertuhan itu bukan di waktu beribadah sahaja. Waktu tidur dan berehat pun, rasa bertuhan itu patut ada. Bagaimana?

Bayangkan, kalaulah ada seekor harimau di depan kita, bolehkah kita lupakan harimau itu seolah-olah ia tidak ada dan tidak wujud?

Kalau ada harimau di depan kita, bolehkah kita makan dan minum serta melupakan harimau itu begitu sahaja?

Bukan sahaja hendak lupakan harimau, hendak makan pun kita tidak lalu. Tidak tentu arah kita dibuatnya. Harimau tidak sehebat mana. Tuhan maha hebat. Nasib kita di dunia dan di Akhirat adalah di tangan-Nya. Kalau Dia kata mati, matilah kita. Kalau Dia kata miskin, akan miskinlah kita. Jadi, bagaimana kita hendak lupakan Tuhan. Itulah Ihsan.

Yakni, waktu ibadah fardhu dan sunat atau di luar ibadah, terasa Tuhan melihat dan memerhati. Terasa bahawa Dia yang berkuasa diatas diri kita dan serba salah dan tidak tentu arah kita dibuatnya.

Ihsan ini sangat susah untuk diamalkan. Ia ada di dalam ibadah dan ada di luar ibadah. Waktu puasa ada Ihsan, di luar puasa pun ada Ihsan. Waktu sembahyang ada Ihsan, di luar sembahyang pun ada Ihsan. Begitu juga waktu haji. Di dalam dan di luar haji ada Ihsan. Ertinya rasa bertuhan tidak boleh hilang. Rasa bahawa Tuhan itu berkuasa tidak boleh hilang. Rasa Tuhan itu melihat, mengetahui dan berkehendak tidak boleh hilang. Inilah yang dimaksudkan oleh sepotong ayat Al Quran: Maksudnya:

“Orang yang mengingati, terkenang-kenangkan Allah di waktu berdiri, duduk dan ketika berbaring.” (Ali Imran: 191)

Ertinya, bukan sahaja di dalam ibadah malahan di luar ibadah, sewaktu sedang bekerja, sedang membeli belah, sedang berjalan, sedang memasak, semua ingat dan terkenang-kenangkan Allah. Inilah rukun Ihsan.

Rukun Ihsan itu satu sahaja iaitu rasa bertuhan, seperti rasa diawasi, rasa dilihat dan rasa Tuhan sentiasa menguasai kita.

IBADAH ITU BERTUJUAN UNTUK MENDIDIK



Ibadah itu sama ada ibadah lahir yang terangkum di dalam syariat, lagilah ibadah batin atau ibadah hati yang terangkum di dalam Tauhid dan Tasawuf, ianya bertujuan untuk mendidik. Ia makanan bagi jiwa. Ia dapat membina dan memberi kekuatan kepada jiwa. Ia boleh menambah taqwa. Supaya ibadah itu dapat mendidik, mesti ada disiplinnya yakni mesti ada ilmunya, difahami, diyakini dan dihayati.

Ilmu itu benda mati. Faham itu bila ilmu dapat mencetuskan rasa. Yakin itu bila pegangan kuat dan tidak goyang dan penghayatan itu ialah apabila hati, roh dan jiwa turut sama dalam beribadah. Ilmunya sudah tentu penting kerana tanpa ilmu, kita tidak akan tahu cara yang sebenar untuk beribadah dan tanpa ilmu, ibadah kita pasti akan tertolak. Tuhan tidak terima ibadah yang dibuat tanpa ilmu.

Faham lebih penting lagi sebab faham itulah hikmahnya. Faham itu ialah ilmu dalam ilmu. Kalau tidak faham, batin atau roh ibadah akan rosak. Yakin perlu supaya hati kita tidak dilanda syak, ragu, zan dan waham yang akan merosakkan ibadah kita.

Kemuncak dari ilmu, faham dan yakin itu adalah penghayatan. Penghayatan itu ialah apabila ilmu, faham dan yakin itu betul-betul menjadi roh kita, otak kita, hati kita dan sikap kita.

Apabila sesuatu ibadah itu sudah dihayati. Maka ibadah itu akan menjadi sumber didikan, sumber kekuatan jiwa dan akan menambah taqwa. Solat contohnya, yang merupakan tiang agama dan ibu bagi segala ibadah adalah satu modul didikan dan latihan jiwa yang lengkap. Segala unsur keinsanan terlibat dalam solat termasuk anggota lahir, lidah, akal dan hati. Kalau solat dapat dibuat dengan khusyuk, tawadhuk dan khuduk dan dapat difahami, dihayati dan dijiwai segala apa yang dibaca dan dilafazkan, maka akan timbul rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita. Rasa bertuhan adalah rasa Allah sentiasa melihat, mengawasi dan mengetahui tentang diri kita. Rasa Allah Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya dan sebagainya. Rasa kehambaan pula adalah rasa hina, bersalah dan berdosa di sisi Tuhan. Rasa lemah, dhaif dan bergantung harap kepada Tuhan.

Rasa bertuhan akan menyuburkan sifat-sifat mahmudah dalam hati kita. Rasa kehambaan pula akan memusnahkan dan membakar sifat-sifat keji atau mazmumah dari hati kita. Solat yang sempurna dan lengkap lahir batinnya akan menjadikan kita orang yang kuat keyakinan, kuat iman, baik akhlak, berdisiplin, bersih lahir dari maksiat dan kemungkaran, kuat syariat dan bersih jiwa dari sifat-sifat keji dan tercela.

Begitu juga puasa. Kalau dilaksanakan berserta rohnya dan ada penghayatannya, jiwa kita yang jahat dan tenat dapat dipulihkan. Mazmumah dipulihkan kepada mahmudah. Kegelisahan dipulihkan kepada ketenangan. Fitrah dapat dikembalikan semula kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan tenang. Zakat pula sepatutnya dapat mengungkai sifat-sifat tamak dan bakhil. Zakat, kalau dihayati boleh menyembuhkan penyakit cinta dunia dan mendatangkan rasa belas kasihan dan kasih sayang terhadap fakir miskin.

KENAPA SELAMA INI IBADAH TIDAK MENDIDIK KITA

Sebab pertama
ialah kerana selama ini kita diberi ilmu tentang ibadah hanya yang bersangkut-paut dengan hukum-hakamnya sahaja iaitu tentang syarat, rukun, sah dan batalnya sahaja. Oleh itu dalam ibadah, itulah perkara yang kita jaga sangat-sangat dan tidak lebih dari itu. Ilmu lain tentang ibadah termasuk falsafahnya tidak diajar. Kefahaman tidak diajar. Penghayatan tidak diajar. Hasilnya segala ibadah yang kita buat, kalaupun sah dan cukup syarat rukunnya, tetapi tidak dapat dihayati.

Apabila ibadah tidak dihayati, maka rugilah kita kerana ibadah kita itu tidak mendidik kita. Hati kita tidak berubah walaupun kita sudah beribadah berpuluh-puluh tahun lamanya malahan sepanjang hidup kita. Ibadah kita tidak menjadi makanan bagi jiwa. Ia tidak membentuk dan menguatkan jiwa kita. Ia tidak menambahkan taqwa kita. Lebih malang lagi, ibadah kita itu tidak sampai kepada Tuhan.

Ilmu ibadah yang kita belajar selama ini tidak langsung menyentuh soal roh ibadah atau hikmah dalam ibadah. Sebab itu kita lihat, orang yang banyak ibadah dan banyak sembahyang, ibadah dan sembahyang mereka tidak memberi apa-apa kesan di dalam diri dan hati mereka. Akhlak mereka tidak banyak berubah. Bahkan orang yang banyak ibadah dan sembahyang selalunya menjadi beku, jumud, pasif dan tidak produktif.

Kedua adalah
kerana kebanyakan orang tidak ada ilmu dan tidak faham tentang Tuhan. Oleh sebab itu ibadah mereka tidak memberi kesan. Ibadah termasuk sembahyang bukan untuk mengajar atau memahamkan manusia tentang Tuhan. Manusia sepatutnya sudah ada ilmu dan sudah faham tentang Tuhan sebelum mereka beribadah atau sebelum mereka sembahyang. Ibadah dan sembahyang itu hanya untuk mengingatkan dan menyedarkan manusia tentang Tuhan sebab manusia itu sering lupa.

Ibadah dan sembahyang hanya akan memberi kesan kepada orang yang sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan. Orang yang tidak faham Tuhan, ibadah dan sembahyangnya tidak ada erti apa-apa. Dia tidak akan dapat rasa bertuhan dalam ibadahnya kerana dia tidak tahu dan tidak faham Tuhan. Itu sebab sebelum kita bersyariat, Tauhid kena selesai dahulu. Hadis ada menyebut,

“Awal-awal agama mengenal Allah.”

RUMUSAN TENTANG RUKUN TAQWA



Kini baru kita tahu bahawa rukun taqwa itu ialah Iman, Islam, dan Ihsan. Dalam ke tiga-tiga perkara tersebut ada pula rukun-rukunnya lagi yang dikatakan rukun dalam rukun. Dalam rukun Iman ada empat rukun, dalam rukun Islam ada lima rukun dan dalam rukun Ihsan ada satu rukun. Kebanyakan rukun-rukun tersebut menyuluh hal dalaman atau batiniah. Hanya satu sahaja yang menyuluh hal luaran atau hal lahiriah (fizikal).

Jadi apa yang kita dapat faham dari hakikat ini, taqwa itu sebenarnya adalah 90% sebenarnya faktor dalaman, 10% sahaja faktor luaran. Ertinya Tuhan mesti dihayati.

Ibadah mesti dihayati. Tidak cukup ibadah sekadar syarat, rukun, sah dan batal sahaja. Tidak ada makna kalau ibadah itu cukup syarat, rukun dan sah pula pada hukum syarak tetapi tidak dihayati atau dijiwai. Tuhan mesti dihayati supaya lahir rasa kehambaan. Ini yang Tuhan mahu. Inilah jalan mendapat taqwa.

Dalam sembahyang contohnya, tidak munasabah kita sembah Tuhan kalau kita tidak kenal Tuhan dan kita tidak rasa yang Tuhan itu hebat. Apa erti penyembahan kalau kita tidak kenal siapa yang kita sembah. Macam kita kenal harimau. Tidak payah berusaha hendak rasa takut. Automatik kita takut sebab kita kenal harimau. Begitu juga dengan Tuhan. Kalau kita kenal Tuhan, tidak payah berusaha untuk rasa takut. Takut akan datang sendiri. Kita tidak rasa takut sebab kita belum kenal Tuhan. Sembahyang bukan setakat penyembahan fizikal. Ia adalah pergerakan roh, hati dan perasaan. Oleh itu hendak menjadi orang bertaqwa, faktor dalaman inilah yang paling penting sebab ia merangkumi 90% dari taqwa.

Kalau setakat buat yang lahir sahaja walau sebanyak mana sekalipun, ia baru 10% dari taqwa. Contohnya, katalah seorang ahli ibadah yang ibadahnya cukup banyak, segala sembahyang fardhu dan sunat dia buat. Sembahyang sunatnya sahaja ada sunat Isyrak, Dhuha, sunat Wudhuk, sunat Mutlak, sunat Tahiyatul Masjid dan bermacam-macam sembahyang sunat lagi yang ada tiga puluh tiga jenis kesemuanya. Begitu juga dari segi puasa. Puasa Ramadhan dan segala macam puasa sunat dia buat. Begitu juga haji. Segala macam jenis haji dia buat termasuk umrahnya sekali. Ditambah pula dengan membaca Al Quran, wirid dan zikir. Ini semua bukan mudah untuk dilaksanakan. Kita boleh jadi letih dan lesu. Tidak ramai orang mampu buat semua ini.

Namun kalau ada pun orang yang larat dan mampu buat semua itu, ianya baru 10% dari taqwa. Walaupun ditambah dengan berjuang dan berdakwah, tetap ianya 10% juga. Dengan segala amal, usaha dan ibadah lahiriah itu, seseorang itu tidak akan dapat jadi orang yang bertaqwa. Peluang untuk mendapat taqwa hanya 10%. Begitulah orang abid atau ahli ibadah. Walaupun ibadah lahiriahnya banyak dan hebat, rukun dalamannya tidak diambil berat.

Rukun dalaman yang mencakupi 90% dari taqwa itu bagaimana ?
Buat yang 10%, tinggal yang 90%, masakan boleh berjaya.

Di sini jelas dan terbukti bahawa taqwa itu ditentukan oleh faktor dalaman sekadar 90%. Faktor luaran hanya 10%. Kalau orang boleh memperhebatkan dalamannya dan yang luar buat hanya yang wajib sahaja pun sudah cukup. Dengan itu, peluang mendapat taqwa lebih banyak.

Tetapi kalau faktor luar hebat, dalaman sedikit sangat, dia tetap dianggap zalim atau fasik. Nerakalah tempatnya kalau tidak diampun Tuhan. Jangan kita tertipu dengan luaran sahaja. Jangan kita tertipu dengan banyak sembahyang, banyak puasa, banyak wirid, banyak baca Quran, banyak berdakwah kerana itu luaran sahaja. Taqwa itu 90% faktor dalaman.

Ada satu contoh yang berlaku di zaman Rasulullah.
Pada satu masa, ada seorang Sahabat yang menceritakan kepada Rasulullah SAW,

“Saya ada seorang jiran yang kuat ibadahnya. Malam dia bertahajud, siang dia berpuasa sunat. Tetapi perempuan itu ada sedikit cacatnya. Dia sering menggunakan lidahnya
untuk menyakiti hati jirannya.”

Rasulullah berkata,
“Dia adalah ahli Neraka.”

Kalau dilihat pada lahiriah perempuan itu, memang hebat tetapi itu baru 10%. Dalamnya rosak sebab ada hasad dengki.

Walaupun cacatnya satu sahaja tetapi ia besar. Macam orang cantik tetapi dalam badannya ada barah. Apa erti cantik, apa erti hidung mancung dan apa erti kulit putih melepak kalau dalam badan ada barah.

Umat Islam tertipu bila bangga dengan sembahyang, bangga dengan haji, bangga dengan umrah, bangga dengan sedekah, bangga dengan berjuang, bangga dengan berdakwah. Tetapi faktor dalaman tidak pernah dijaga. Mazmumah bersarang dihati. Rasa bertuhan tidak ada, rasa hamba tidak ada, rasa cinta Tuhan tidak ada, rasa Tuhan hebat tidak ada, gerun dengan Tuhan pun tidak ada. Maka yang luar tidak ada nilai apa-apa. Itupun kalau yang luar dapat dibuat semuanya. Kalau dapat buat sikit-sikit dapatlah beberapa peratus.

Selalunya kalau faktor luar bukannya kita akan dapat 10% hanya 3% sahaja. Bukannya kita larat hendak buat 33 jenis sembahyang sunat dan ibadah-ibadah sunat yang lain.

Jadi, umat Islam hari ini hancur, pecah belah, haru-biru adalah kerana faktor dalaman tidak selesai. Rukun kepada rukun iman sudah jatuh. Rukun kepada rukun Islam sudah jatuh. Rukun kepada rukun Ihsan sudah jatuh. Akhirnya, rukun Iman, Islam dan Ihsan tidak ada erti apa-apa lagi.

Sembahyang banyak mana pun tidak ada apa-apa makna. Hafal rukun iman pun tidak ada peranan apa-apa. Maka tidak pelik kalau perangai tidak berubah. Masih lagi mengata orang, menghina dan marah orang. Sebab memang tidak pernah diajar bahawa faktor dalaman itu penting. Yang dianggap penting selama ini ialah faktor luaran.

Dalam Islam, faktor dalaman penting. Tetapi ini tidak pernah diajar. Taqwa itu ditentukan oleh faktor dalaman 90% dan faktor luaran hanya 10%.

Antara perjuangkan Tuhan dengan perjuangkan syariat



Berjuang untuk Tuhan tidak sama dengan berjuang untuk ibadah dan syariat
Berjuang untuk Tuhan, promosikan Tuhan,
agar Dia dikenal, ditakuti, dicintai,
disembah, disucikan dan diagungkan
Ibadah dan syariat akan subur dengan sendiri,
kerana ia cara atau jalan menyembah dan mengagungkan Tuhan

Berjuang untuk syariat dan ibadah
mungkin kerana Syurga, atau takut Neraka,
mungkin tradisi takutkan Tuhan, cintakan Tuhan tidak ada
Tidak fanatik dengan Tuhan, bahkan tidak sensitif dengan Tuhan,
akhirnya longgar dengan syariat mungkin banyak ibadahnya
Kalaupun tetapnya dengan ibadahnya kerana sudah jadi tabiat,
tidak ada kesannya di dalam sikap peribadinya
Tabiatnya atau akhlaknya macam orang tidak beribadah
Dia tidak sabar, tidak cinta dengan manusia,
perikemanusiaannya tidak ada, tamak, bakhil, cinta dunia,
hasad, pemarah, dendam, megah, sombong, riyak masih jadi budaya
Di dalam beribadah akhlak mulia tidak terserlah, boleh jadi jahat
Berlakulah di dalam masyarakat, ahli ibadah tidak dihormati,
bahkan tidak dipercayai
Bahkan akhir zaman ini masjid bukan tempat gelanggang beribadah,
di situlah tempat berkrisis dan berkelahi
Di dalam masjidlah tempat perpecahan, dan renggang perpaduan,
banggakan Tuhan tidak diambil kira lagi
Begitulah terjadi orang beragama kerana syariat atau ibadah atau tradisi,
bukan kerana Allah

Adakalanya ahli ibadah itu, kalau ada orang selalu menyebut Tuhan,
atau menggambar takut dan cintakan Tuhan, dia hairan
Seolah-olah ibadahnya selama ini, terpisah dari Tuhan
Ibadah di satu pihak, Tuhan di satu pihak pula, tidak ada kena-mengena

Apa sudah jadi kepada ahli ibadah di zaman ini ?
Bagaimana dia belajar mengenai ibadah, macam sudah tidak belajar aja?!
Bukankah ibadah itu implimentasi dari takutkan Allah atau cintakan Allah
Lahirlah buah akhlak yang mulia terserlah dari ahli ibadah
Akhlak yang mulia itulah yang melahirkan kasih sayang dan perpaduan kepada umat

Cinta Rasulullah



Makam Rasulullah


Dua kali dalam tahun yang sama Rasulullah saw. memperoleh hantaman dukacita yang amat besar. Mula-mula Abi Thalib, yaitu pamannya yang melindunginya dari kebengisan kaum Quraisy, meninggal dunia dalam keadaan masih musyrik. Lalu Siti Khadijah, yaitu istrinya yang selalu memberikan dukungan moral dan material yang amat besar. Tidaklah terperikan rasa dukacita yang menusuk kalbunya!

Dalam keadaan demikian itu, perlakuan kaum Quraisy terhadapnya semakin menggila.

Pernah suatu waktu mereka menyiramkan tanah keatas kepala Rasulullah saw., namun Rasulullah tetap tabah. Akhirnya karena perlakuan kaum Quraisy semakin biadab, Rasulullah saw. pergi ke Ta’if dengan harapan semoga masyarakat disana mau mendukungnya. Namun ternyata orang-orang di Ta’if memperlakukannya seperti kepada bukan manusia saja layaknya. Ia di caci maki, di ludahi, serta dilempari batu dan besi sehingga beberapa bagian tubuhnya tidak hanya menjadi memar, tetapi terluka dan mencucurkan darah.

Secepatnya Nabi pergi dari sana, berlindung di sebuah kebun anggur kepunyaan anak-anak Rabia, yaitu Utba dan Syaiba. Disana Beliau berdo’a dengan khusuk :

Allahumma Ya Allah.
Kepada Engkau juga aku mengadukan kelemahanku,
kurangnya kemampuanku serta kehinaan diriku di depan manusia.

Oh, Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Engkaulah yang melindungi si lemah dan Engkaulah pelindungku.

Kepada siapa hendak Kau serahkan diriku?
Kepada orang yang jauhkah yang berwajah muram kepadaku?
Ataukah kepada musuh yang akan menguasai diriku?

Asalkan Engkau tidak murka kepadaku, aku tidaklah peduli
Sebab sungguh luas kenikmatan yang Kau limpahkan kepadaku.
Aku berlindung kepada Nur wajah Engkau yang menyinari kegelapan
(dan karenanya membawakan kebaikan bagi dunia dan akhirat)
dari kemurkaan Engkau yang akan Kau tumpahkan kepadaku.

Engkaulah yang berhak menegur dengan berkenan kepada Engkau.
Dan tiada kuasa serta kekuatan selain dengan Engkau juga ........

Apakah engkau benar-benar kenal Nabi mu?



Apakah engkau benar-benar kenal Nabi mu?
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaninya
Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih dari itu?!
Atau engkau kenal secara rambang sahaja?

Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin,
jasmani, rohaniahnya peribadi Nabi mu
Pasti engkau jatuh hati kepadanya.
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya.
Engkau akan terasa terhutang budi kepadanya
Kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.

Muhammad Nabi mu SAW, Nabi mu
Dia seorang manusia istimewa, luar biasa yang tiada taranya.
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.

Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas
agar engkau kenal Nabi mu sendiri Siapa dia yang sebenarnya?

Dia adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah.
Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim.
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim.
Dia adalah anak yatim piatu. Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain.
Dia lahir daripada keluarga yang miskin
dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan
Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad.
Dari Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan
Syurga, neraka, dunia, akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Sirat,
manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya.
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW,
yang lain tidak akan diwujudkan.
Kalau begitu, rupanya Nabi kita membawa rahmat
zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan.
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh,
yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi.

Dia adalah satu-satunya Nabi yang diisrak dan dimikrajkan.
Mukanya laksana bulan purnama kerana cahayanya yang terang.
Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan
Kerana itulah di dipanggil Habibullah oleh Allah.
Ketua seluruh para rasul dan para anbiya.
Penghulu seluruh orang yang bertaqwa.
Imam seluruh manusia.
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat.

Orang yang memberi syafaatulkubra di akhirat
dan orang yang pertama masuk syurga
Al Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap
Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung.
Tiada siapa yang dapat menirunya.

Dia memiliki ilmu dunia dan akhirat
Sekali pun dia tidak boleh menulis dan membaca.
Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya
Bahkan lebih mulia dari para malaikat
Terutamanya kasih sayangnya kepada manusia begitu terserlah
Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya
Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin.
Menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah.
Tiada seorang pun melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya
Bahkan macam orang mabuk tidak boleh melupakannya.

Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya.
Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa
Adakalanya laksana ibu dan ayah
Adakalanya macam kawan yang membela dan setia
Adakalanya dirasakan guru
Adakalanya bagaikan pemimpin
Adakalanya bagaikan ketua tentera.
Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanannya yang memuaskan darinya

Kerana akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian daripada Tuhannya.
Keberaniannya luar biasa
Dia boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya
Tidak sedikit pun takut dengan raja-raja.
Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakan
sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia.
Ibadahnya banyak terutama sembahyang
hingga bengkak-bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri
di hadapan Tuhannya.

Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan.
Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa sahaja.
Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan
Satu perbuatan yang luarbiasa.
Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain.
Sangat pemalu dan merendah diri.
Sangat menerima keuzuran orang
Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan
dan bermacam-macam bentuknya.
Kerana itulah dia dapat menjadi Ketua Ulul Azmi
daripada keseluruhan para rasul alaihimussolatuwassalam.

Dia suka seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah.
Hatinya begitu jaga, matanya sahaja yang tidur tapi hatinya tidak tidur.
Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya
Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan
27 kali dia ikut sama atau ikut serta
tapi pelik, tidak pernah dia membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang.

Anak-anak didikannya itulah dia para Sahabat hingga dia berkata:
"Sahabat-sahabatku laksana bintang-bintang di langit,
yang mana satu yang dapat kamu ikut, kamu akan dapat petunjuk."

"Para ulama umatku laksana para-para nabi bani israil."

-jolokan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya.

Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan dengan najis,
dibaling dengan batu hingga berdarah, dibuang daerah selama 3 tahun,
dikepung, hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanah air dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan.

Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan terserlah
Iaitu namanya dikampilkan dengan nama Tuhannya
Iaitu di dalam dua kalimah syahadah.
Bahkan tidak sah Islam seseorang
kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya.

Doa yang hendak dikabulkan, awal akhir kenalah menyebut namanya.
Doanya sangat kabul, bahkan siapa yang berdoa bertawassul dengannya lebih diterima doanya.

Siapa yang banyak berselawat dengannya diberi syafaat di Akhirat.
Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat
Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak menunjukkan kebenarannya
Tertulis di belikatnya khatamun nubuwah

Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi.
Orang tidak dapat menentang matanya
kerana kehebatannya yang amat terserlah di wajahnya
Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila bertembung dengan pandangannya.

Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya.
Sehinggakan sebahagian perkara-perkara yang belum terjadi
seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakan.
Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala
Hinggakan makanan yang berlebih tidak disimpan di malamnya
Bahkan diberi kepada yang berhak.
Apabila dia buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya.
Lalat tidak pernah hinggap pada badannya.
Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya.
Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan.
Tidak pernah mencerca makanan
Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu.

Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya.
Terlalu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir.
Terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri
Tidak pernah melaknat sekalipun binatang.
Apa yang diperkatakannya ibarat mutiara
Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya.

Didikan dan pimpinanya sangat berjaya
Di antara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku
yang telah dicatat dalam sejarah :
Dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai dan menakuti Allah Taala
Bahkan Tuhan menjadi idola mereka.

Dapat menyatu-padukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya.
Bahkan dapat menanamkan kasih-sayang satu sama lain di kalangan manusia.
Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya.
Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya.
Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa.
Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati naungan pimpinannya
sekalipun yang bukan Islam.
Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat
kepada seluruh makhluk sekalipun binatang.

Itulah dia Nabi Muhammad Rasulullah SAW
Itulah dia Nabi kita, manusia yang luar biasa,
yang istimewa kejadian dan akhlaknya paling sempurna,
tidak ada tandingannya.

Baru sedikit sahaja kita menceritakan tentangnya, sudah mengkagumkan kita.
Apakah peribadi yang semacam ini kita tidak jatuh hati kepadanya?
Apakah manusia ini kita boleh melupakan begitu sahaja?
Apakah kita tidak terasa,
dia adalah manusia yang terlalu berjasa kepada seluruh manusia?

Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya ?
Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa.
Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin yang lain di dunia?
Jauh panggang dari api, macam langit dengan bumi.
Lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal Nabinya bersama Tuhannya,
sanggup mati kerananya.

Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita
Agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu,
berakhlak mulia, bertamadun, berkasih-sayang, bertolong bantu,
berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dan dosa.
Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita.

Followers

Facebook Twitter RSS