Syukur Dan Taubat



Aku syukur padaMu Tuhan
di atas segala nikmat yang Engkau beri
aku bersyukur kepadaMu lagi
di atas kesyukuran itu

kerana syukur itu satu nikmat
yang bersifat maknawi dan rohani
ia adalah satu pemberian
syukur di atas kesyukuran.

Begitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosaku
seterusnya aku bertaubat di atas taubat-taubatku yang palsu
ertinya taubatku memerlukan taubat lagi
taubat di atas taubat

begitulah yang aku harapkan padaMu,
ingatkan aku bahwa syukur itu
adalah satu nikmat dan anugerahMu
agar aku bersyukur di atas kesyukuran itu

seterusnya ingatkan aku
bahwa taubatku adalah palsu
agar aku bertaubat di atas taubat itu
moga-moga aku tidak menipu diriku.

Followers

Facebook Twitter RSS