Akal Jangan Dibiarkan Bersendirian



Akal jangan dibiarkan bersendirian
Kerana ia adalah ciptaan Tuhan
Setiap ciptaan Tuhan mestilah berhadapan dengan kekurangan dan kelemahannya
Akal adalah makhluk rohani yang mempunyai sifat-sifat kekurangan
Hendaklah dia diberi kekuatan
Kekuatannya mestilah dia bersandar dengan Tuhan jangan bersendirian

Akal adalah guru diri manusia
Dia adalah penyuluh jalan kehidupan dunia dan Akhirat bagi insan
Pemandu hidup manusia di mayapada Tuhan
Akal mestilah dipimpin oleh Tuhan dan dipandu oleh wahyu Tuhan
Dia tidak mempunyai kekuatan jika bersendirian
Cuma manusia sahaja rasa akal ada kekuatan

Jika dia bersendirian memimpin diri manusia, mesti tersesat jalan
Tersesat jalan risikonya amat mengancam kehidupan insan
Bukan sahaja padahnya diterima di dunia bahkan bersambung di Akhirat
kelak dengan azab Tuhan
Akal di dalam diri memimpin diri manusia, dia mestilah dipimpin oleh Tuhan
Pemimpin di dalam pimpinan-Nya iaitu Tuhan agar dia memimpin manusia
tidak tersesat jalan

Kerana itulah apabila dikatakan gunakanlah akal
Bukan ertinya menggunakan akal yang bersendirian
Menggunakan akal yang dipandu oleh Tuhan, itulah yang dimaksudkan
Bukan dia memimpin bersendirian tanpa Tuhan
Setiap manusia haraplah ambil perhatian
Jika manusia mahu selamat di atas jalan keselamatan

Followers

Facebook Twitter RSS